Shahrir SAHKAN Duit Felda DISALAH BELANJA, RM4.3 bilion LESAP mana pergi

Shahrir SAHKAN Duit Felda DISALAH BELANJA, RM4.3 bilion LESAP mana pergi - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahrir SAHKAN Duit Felda DISALAH BELANJA, RM4.3 bilion LESAP mana pergi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahrir SAHKAN Duit Felda DISALAH BELANJA, RM4.3 bilion LESAP mana pergi
link : Shahrir SAHKAN Duit Felda DISALAH BELANJA, RM4.3 bilion LESAP mana pergi

Baca juga


Shahrir SAHKAN Duit Felda DISALAH BELANJA, RM4.3 bilion LESAP mana pergi

JOHOR BAHRU - Penahanan bekas Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada bulan lalu, merupakan kemuncak kepada tindakan dalaman diambil lembaga tersebut.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, laporan Ketua Audit Negara selain maklumat hasil siasatan dalaman Felda, memudahkan untuk pihak SPRM mengambil tindakan ke atas individu terbabit.

"Felda mendapat RM6 bilion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes Felda. Daripada jumlah itu, RM1.7 bilion kita belanjakan sebagai durian runtuh.

"Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga dan ada bakinya RM4.3 bilion lagi.

"Jadi RM4.3 bilion ini mana pergi? Ini agaknya saya rasa mengecewakan peneroka yang dah begitu rapat dengan Felda...begitu sanjung peranan Felda...saya rasa mereka pun kecewa," katanya kepada pemberita pada Program Gotong Royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman A, di sini hari ini.

Shahrir berkata, di bawah laporan Ketua Audit Negara, kira-kira RM200 juta dibelanjakan dengan pelbagai program yang dibuat.

"Nak dapatkan balik, kita akan berusaha. Tapi tak mungkin kita dapat balik RM200 juta pasal sudah habis. Dilaporkan dibuat macam-macam tanpa kelulusan, protokol atau keadaan yang sepatutnya.

"Sebab itu tugas saya ialah cuba betulkan kedudukan kewangan Felda. Duit bukan tiada, tapi ialah...mungkin disalah belanja," katanya.

Beliau berkata, oleh itu menjadi tanggungjawabnya dan pengurusan Felda pada hari ini untuk mengembalikan keyakinan di kalangan pengurusan kakitangan lembaga tersebut.

"Kalau sudah yakin.. kita tahu tugas kita.. kita buat kerja kita sebagai pengurusan, peneroka pun akan kembali balik kepada kita. Percaya balik kepada Felda.

"Ia bermula daripada dalam iaitu daripada Felda itu sendiri. Jadi itu tugas saya sebagai pengerusi Felda," katanya. - SH


Demikianlah Artikel Shahrir SAHKAN Duit Felda DISALAH BELANJA, RM4.3 bilion LESAP mana pergi

Sekianlah artikel Shahrir SAHKAN Duit Felda DISALAH BELANJA, RM4.3 bilion LESAP mana pergi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahrir SAHKAN Duit Felda DISALAH BELANJA, RM4.3 bilion LESAP mana pergi dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/shahrir-sahkan-duit-felda-disalah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Shahrir SAHKAN Duit Felda DISALAH BELANJA, RM4.3 bilion LESAP mana pergi"

Posting Komentar