Sultan Perak Tegur Orang MELAYU SEMAKIN LUPA DARATAN

Sultan Perak Tegur Orang MELAYU SEMAKIN LUPA DARATAN - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Perak Tegur Orang MELAYU SEMAKIN LUPA DARATAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Perak Tegur Orang MELAYU SEMAKIN LUPA DARATAN
link : Sultan Perak Tegur Orang MELAYU SEMAKIN LUPA DARATAN

Baca juga


Sultan Perak Tegur Orang MELAYU SEMAKIN LUPA DARATAN


IPOH, 6 Feb (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur sikap segelintir orang Melayu yang baru mula menikmati kejayaan kecil berbanding kaum lain tetapi menunjukkan sifat-sifat lupa daratan.

Baginda menyifatkan sikap sedemikian ibarat mengulangi budaya kehidupan pada era prapenaklukan Melaka oleh Portugis yang hanyut dalam perlumbaan kebendaan dan semakin mabuk dilambung gelombang persaingan kuasa.

"Dibimbangkan kekayaan yang baru berada dalam pegangan Melayu mungkin berakhir dalam tempoh masa yang singkat selagi orang Melayu lebih tertarik dengan budaya berbelanja mewah untuk mencerminkan imej sosial... berbanding menabung dan melabur untuk membina aset bangsa yang lebih besar bagi jangka masa panjang," titah baginda ketika merasmikan Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini Isnin.

Turut berangkat pada muzakarah bertemakan 'Mengakar Kuat Umat Melayu, Menjunjung Tinggi Islam' adalah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah orang Melayu sedang berada dalam perlumbaan menconteng arang sesama sendiri, masing-masing ghairah menepuk air di dulang, dan semakin terpercik ke muka sendiri.

"Dalam kesyukuran mencipta kejayaan, orang Melayu tidak boleh mengambil ringan perbuatan salah laku sebahagian anak bangsanya, laksana anai-anai yang boleh meruntuhkan bangsa," titah baginda.

Sultan Nazrin menarik perhatian bahawa dasar-dasar murni yang digubal untuk membantu Melayu, tidak tercapai sepenuhnya kerana terbukti berlaku ketirisan secara besar-besaran.

"Hari ini maruah bangsa semakin diaibkan dengan perbuatan rasuah, pecah amanah, penipuan dan salah guna kuasa. Sewajarnya bangsa berwaspada dengan titik-titik nila yang akan memusnahkan susu sebelanga," titah baginda.

Selain itu, baginda bertitah bangsa Melayu yang terus bercakaran tidak akan menjadi bangsa yang kuat; umat Islam yang terus berkonflik tidak akan berupaya menjunjung ketinggian Islam.

"Semoga Allah mengukuhkan kekuatan dalaman umat Melayu untuk cekal melakukan yang makruf dan gigih mencegah yang mungkar serta ditunjukkan jalan yang mendapat keredaan-Nya," titah Sultan Nazrin.

-- BERNAMA


Demikianlah Artikel Sultan Perak Tegur Orang MELAYU SEMAKIN LUPA DARATAN

Sekianlah artikel Sultan Perak Tegur Orang MELAYU SEMAKIN LUPA DARATAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Perak Tegur Orang MELAYU SEMAKIN LUPA DARATAN dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/sultan-perak-tegur-orang-melayu-semakin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sultan Perak Tegur Orang MELAYU SEMAKIN LUPA DARATAN"

Posting Komentar