Terkini: KES BUNUH ANAK KANDUNG: Dengar bisikan suruh bunuh anak

Terkini: KES BUNUH ANAK KANDUNG: Dengar bisikan suruh bunuh anak - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terkini: KES BUNUH ANAK KANDUNG: Dengar bisikan suruh bunuh anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terkini: KES BUNUH ANAK KANDUNG: Dengar bisikan suruh bunuh anak
link : Terkini: KES BUNUH ANAK KANDUNG: Dengar bisikan suruh bunuh anak

Baca juga


Terkini: KES BUNUH ANAK KANDUNG: Dengar bisikan suruh bunuh anak

IBU bayi yang mati dikelar masih ditahan di Balai Polis Kok Lanas. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Ibu yang dipercayai membunuh bayinya berusia 82 hari dikatakan pernah mengadu kepada jiran dia terdengar bisikan menyuruh membunuh anaknya. 

Sepupu mangsa, Nur Kamelia Kamaruzzaman, 20, berkata suspek pernah mengadu kepada jirannya dia terdengar suara berbisik menyuruh membunuh anaknya beberapa hari sebelum kejadian

"Namun dia tidak menceritakan kepada suaminya dan tidak ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di rumah mayat HRPZ II, hari ini. 

Nur Kamelia berkata, kali terakhir keluarga berkenaan pulang ke kampungnya di Jal Kecik, Tumpat, pada Selasa lalu dan suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap. 

"Kali terakhir saya berjumpa mangsa, dia dilihat manja, manakala ibunya tidak menunjukkan sebarang sikap yang pelik. 

"Kejadian ini sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana ibu mangsa juga tidak mempunyai sebarang perselisihan faham dengan suaminya," katanya. 

Dalam kejadian jam 2.45 petang tadi, seorang bayi perempuan berusia 82 hari mati dikelar dipercayai dilakukan ibunya yang berusia 32 tahun, di kuarters tentera di Kok Lanas, di sini. 

Kejadian itu disedari seorang jiran yang kemudian menghubungi polis. Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, berkata jiran berkenaan melihat mangsa terbaring di atas tilam di ruang tamu rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah. 

Katanya, siasatan awal polis mendapati, mangsa dikelar di kiri leher dengan pisau pemotong sayur. 

"Ketika kejadian, dua anak supek yang berusia 11 dan 8 tahun sempat keluar melarikan diri selepas melihat tindakan ibu mereka," katanya kepada media. 

Suami mangsa, seorang anggota tentera, tiada di rumah ketika kejadian. 

Abdul Rahman berkata, polis belum mengenal pasti punca kejadian, sama ada suspek mengalami gangguan emosi. 

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, untuk bedah siasat," katanya. 

Jenazah bayi perempuan berkenaan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Jal Kecik malam ini. - BH


Demikianlah Artikel Terkini: KES BUNUH ANAK KANDUNG: Dengar bisikan suruh bunuh anak

Sekianlah artikel Terkini: KES BUNUH ANAK KANDUNG: Dengar bisikan suruh bunuh anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terkini: KES BUNUH ANAK KANDUNG: Dengar bisikan suruh bunuh anak dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/terkini-kes-bunuh-anak-kandung-dengar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Terkini: KES BUNUH ANAK KANDUNG: Dengar bisikan suruh bunuh anak"

Posting Komentar