Judul : [UEC] Enggan tambah baik sukatan subjek BM bukti Dong Zong DEGIL: Isma
link : [UEC] Enggan tambah baik sukatan subjek BM bukti Dong Zong DEGIL: Isma
[UEC] Enggan tambah baik sukatan subjek BM bukti Dong Zong DEGIL: Isma
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdul Rahman Mt Dali berkata, sikap yang ditonjolkan pertubuhan itu menggambarkan pendirian melampau mereka dan sekali lagi mengesahkan bahawa mereka tidak menghormati falsafah negara.
Semalam, Pengerusi Dong Zong, Vincent Lau Lee Ming berkata, pertubuhannya akan mengekalkan standard Bahasa Melayu yang digunapakai dalam UEC kerana tiada keperluan untuk menaikkan tarafnya buat masa ini.
Dia juga berkata, standard BM di sekolah persendirian Cina lebih rendah kerana pelajar mempelajarinya sebagai bahasa kedua bersama bahasa Inggeris.
Dia berkata demikian selepas menerima kritikan bahawa standard BM dalam UEC tidak memenuhi piawaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mengulas lanjut kenyataan itu, Abdul Rahman berkata, ia jelas menunjukkan bahawa pertubuhan itu memperkecil bahasa utama dalam negara ini.
“Mereka juga menunjukkan sikap yang tidak setia. Ianya adalah bahaya dan mengancam perpaduan. Sebab itulah Isma konsisten dalam pendirian sekolah-sekolah jenis itu patut dihapuskan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Beliau turut menggesa Kerajaan supaya bertegas dan tidak dilihat lemah dan terlalu menjaga hati kerana takut kehilangan undi masyarakat kaum Cina sehingga membuatkan pihak seperti Dong Zong besar kepala.
Minggu lalu, Vincent memutuskan untuk menggesa Kementerian Pendidikan agar membenarkan pelajar UEC hanya mengambil kertas BM sahaja, bukannya semua 6 mata pelajaran SPM wajib bagi membolehkan mereka memasuki universiti kerajaan. - ismaweb
Demikianlah Artikel [UEC] Enggan tambah baik sukatan subjek BM bukti Dong Zong DEGIL: Isma
Sekianlah artikel [UEC] Enggan tambah baik sukatan subjek BM bukti Dong Zong DEGIL: Isma kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [UEC] Enggan tambah baik sukatan subjek BM bukti Dong Zong DEGIL: Isma dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/uec-enggan-tambah-baik-sukatan-subjek.html
0 Response to "[UEC] Enggan tambah baik sukatan subjek BM bukti Dong Zong DEGIL: Isma"
Posting Komentar