Judul : [BELAWOK] Rakaman suara Nik Abduh TERIMA DUIT UMNO tulen cuma disalah tafsir, sebelum PRU14 ia PALSU
link : [BELAWOK] Rakaman suara Nik Abduh TERIMA DUIT UMNO tulen cuma disalah tafsir, sebelum PRU14 ia PALSU
[BELAWOK] Rakaman suara Nik Abduh TERIMA DUIT UMNO tulen cuma disalah tafsir, sebelum PRU14 ia PALSU
Peguam yang mewakili Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam saman fitnahnya terhadap Sarawak Report mengakui rakaman yang dikatakan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz adalah tulen, walaupun sebelum ini mendakwa ianya palsu.
Sarawak Report memetik barister Jacob Dean sebagai berkata Hadi mengesahkan beliau tidak akan mempersoalkan ketulenan rakaman itu.
Ia berkata pasukan undang-undang Hadi memutuskan suara dalam rakaman itu disalah tafsir.
Keputusan Hadi mengenai tafsiran yang betul mengenai rakaman itu akan didengar dalam jawapan balasnya dalam pembelaan di Mahkamah Tinggi pada 31 Julai, tambahnya.
Perbicaraan itu ditetapkan bermula pada 1 April tahun depan, di mana pasukan undang-undang Hadi akan memutuskan maksud rakaman itu yang akan didedahkan sepenuhnya.
Nik Abduh sebelum ini berkata tidak perlu membuat laporan polis atau saman berhubung rakaman mendakwa PAS mendapat duit daripada Umno.
Pada 5 April, beliau menafikan suara dalam rakaman tersebut adalah suaranya dan berkata tidak ada keperluan untuk bersumpah dengan nama Tuhan kerana beliau yakin bercakap benar.
“Terserah kepada rakyat untuk menilai sendiri,” katanya.
Menurut Sarawak Report, peguam Hadi menunjukkan Nik Abduh bersama yang lain yang hadir semasa rakaman itu, akan menjadi saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan semasa perbicaraan.
Hadi memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London berhubung artikel editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang diterbitkan pada 6 Ogos 2017.
Artikel 8 perenggan itu mendakwa pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta dalam usaha Umno meraih sokongan parti itu susulan perpecahan pembangkang.
Dalam pembelaan terhadap saman Hadi pada April lalu, Rewcastle-Brown berkata pemimpin PAS tidak dinamakan atau disebut dalam mana-mana kenyataan dalam artikel tersebut.
Beliau berkata saman Hadi adalah pelanggaran haknya dan orang awam terhadap kebebasan bersuara, terutama dalam perbincangan mengenai politik.
Rewcastle-Brown cuba membatalkan saman terhadapnya, tetapi Mahkamah Tinggi London menolak permohonannya pada 1 Mei lalu.
Demikianlah Artikel [BELAWOK] Rakaman suara Nik Abduh TERIMA DUIT UMNO tulen cuma disalah tafsir, sebelum PRU14 ia PALSU
Sekianlah artikel [BELAWOK] Rakaman suara Nik Abduh TERIMA DUIT UMNO tulen cuma disalah tafsir, sebelum PRU14 ia PALSU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [BELAWOK] Rakaman suara Nik Abduh TERIMA DUIT UMNO tulen cuma disalah tafsir, sebelum PRU14 ia PALSU dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/06/belawok-rakaman-suara-nik-abduh-terima.html
0 Response to "[BELAWOK] Rakaman suara Nik Abduh TERIMA DUIT UMNO tulen cuma disalah tafsir, sebelum PRU14 ia PALSU"
Posting Komentar