Judul : (RAKYAT SAYANG TUN M) 80,000 kunjungi rumah terbuka di Seri Perdana
link : (RAKYAT SAYANG TUN M) 80,000 kunjungi rumah terbuka di Seri Perdana
(RAKYAT SAYANG TUN M) 80,000 kunjungi rumah terbuka di Seri Perdana
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Menteri Kabinet meraikan kira-kira 80,000 rakyat daripada pelbagai lapisan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, di Putrajaya hari ini.
Sambutan luar biasa itu melebihi jangkaan awal 50,000 tetamu pada majlis yang bermula jam 10 pagi hingga 4.30 petang ini.
Bagaimanapun, memandangkan sambutan luar biasa dan keterujaan orang ramai untuk bersalam dan mengucapkan 'Selamat Hari Raya’ kepada pemimpin berusia 92 tahun dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, pihak penganjur membuka pintu pagar awal sejam iaitu jam 9 pagi.
Dr Mahathir, yang mengenakan baju Melayu berwarna ungu dan Dr Siti Hasmah dengan baju kurung moden , kelihatan begitu ceria menyambut tetamu dan bersalam, antara mereka ialaj pemimpin parti politik, diplomat asing, pelancong asing, wakil pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin korporat.
Terdahulu, Dr Mahathir melahirkan keterujaan dan kegembiraan melihat semangat yang ditunjukkan olehrakyat pada majlis tersebut selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menubuhkan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.
Walaupun Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah kelihatan agak keletihan setelah meraikan begitu banyak tetamu pada majlis itu, namun mereka tetap memberikan layanan dengan penuh kemesraan.
“Saya telah bersalaman dengan kira-kira 55,000 pengunjung. Takut tangan saya lekang (tertanggal) tetapiAlhamduillah, saya masih boleh bersalam,” katanya ketika berucap ringkas sebelum tamat majlis.
Cuaca panas tidak menjejaskan keterujaan orang ramai untuk berpusu-pusu ke majlis itu untuk mengambil peluang bersalam dengan Dr Mahathir.
Para pengunjung ke majlis rumah terbuka itu dikenakan saringan keselamatan bagi menjamin keselamatansemua pihak.
Hadirin disajikan dengan pelbagai juadah tempatan seperti sate, soto ayam, ketupat, lemang dan rendangserta pelbagai masakan lain.
- Bernama
Demikianlah Artikel (RAKYAT SAYANG TUN M) 80,000 kunjungi rumah terbuka di Seri Perdana
Sekianlah artikel (RAKYAT SAYANG TUN M) 80,000 kunjungi rumah terbuka di Seri Perdana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (RAKYAT SAYANG TUN M) 80,000 kunjungi rumah terbuka di Seri Perdana dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/06/rakyat-sayang-tun-m-80000-kunjungi.html
0 Response to "(RAKYAT SAYANG TUN M) 80,000 kunjungi rumah terbuka di Seri Perdana"
Posting Komentar