Tarif Elektrik: Rafizi-Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat

Tarif Elektrik: Rafizi-Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tarif Elektrik: Rafizi-Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tarif Elektrik: Rafizi-Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat
link : Tarif Elektrik: Rafizi-Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat

Baca juga


Tarif Elektrik: Rafizi-Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat



Rafizi Ramli Dulu-Dulu:
Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Katanya, pengumuman itu hanya menguntungkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kos yang ditanggung IPP dipindahkan kepada Tenaga Nasional Berhad,  sebelum disalur terus kepada pengguna.
“TNB sebenarnya masih mencapai keuntungan yang sama, manakala IPP langsung tak terkesan kerana ia dilindungi oleh mekanisme harga bahan api sedia ada.
“Sepatutnya Barisan Nasional mengubah mekanisme ini agar IPP juga menanggung kesan kenaikan harga bahan api. Sebaliknya rakyat pula dihukum kerana semakan setiap 6 bulan menunjukkan bahawa akan wujud peningkatan kerana mengikut kos bahan api semasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana, hari ini.
Katanya, penjelasan kerajaan bahawa 4.4 juta isi rumah  rakyat di negara ini tidak menerima kesan dari peningkatan itu juga tidak dapat diterima.
Ini kerana beban isi rumah akan terus meningkat berikutan kenaikan harga barang ekoran kenaikan tarif elektrik tersebut.
“Ini hanyalah dandanan kosmetik Barisan Nasional untuk menenangkan kritikan yang semakin memuncak terhadap sektor penjanaan tenaga.
“Hakikatnya, ia satu rompakan yang mengambil lebih banyak wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat korporat bagi menggantikan subsidi gas,” tegas Rafizi.
Beliau dalam masa yang sama membandingkan kos tenaga bagi penggunaan domestik di Thailand pada kadar 18.4 sen kilowatt/jam seunit berbanding 21.8 sen kilowatt/jam di Malaysia, sedangkan rakyat di Thailand tidak menerima subsidi elektrik.
Tarif baru yang diperkenal akan menjadi pampasan kepada TNB untuk menggantikan potongan subsidi gas akibat kenaikan harga gas asli dari RM 10.70 kepada RM13.70 setiap mmbtu.
“Sektor penjanaan elektrik dinegara ini dihantui oleh warisan perjanjian yang berat sebelah kerana TNB dipaksa untuk membeli elektrik pada kadar yang lebih tinggi dari kos dalamannya sendiri.
“Untuk mengimbangi harga elektrik yang tinggi, maka TNB dan IPP diberikan subsidi gas yang tinggi setiap tahun dan ditanggung Petronas.
Berikutan itu, katanya, negara bakal menyaksikan peningkatan harga barangan dan kadar inflasi kedua tertinggi dalam separuh dekad berikutan pengumuman kenaikan tarif tersebut.
Ia katanya, diakibatkan kesan berganda dari gabungan kenaikan harga petrol, dan dalam masa yang sama pendapatan boleh belanja rakyat semakin mengecil.


Demikianlah Artikel Tarif Elektrik: Rafizi-Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat

Sekianlah artikel Tarif Elektrik: Rafizi-Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tarif Elektrik: Rafizi-Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/06/tarif-elektrik-rafizi-rompakan-wang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tarif Elektrik: Rafizi-Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat"

Posting Komentar