Judul : [ELOK LETAK JAWATAN] PTPTN: Dr Maszlee silap, Wan Saiful memang lantikan politik
link : [ELOK LETAK JAWATAN] PTPTN: Dr Maszlee silap, Wan Saiful memang lantikan politik
[ELOK LETAK JAWATAN] PTPTN: Dr Maszlee silap, Wan Saiful memang lantikan politik
Oleh Siti Fatimah Ishak, Ismaweb
BANGI, 15 Syawal 1439H, Jumaat – Tindakan meletakkan Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu lantikan politik, yang bertentangan dengan akujanji dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan (PH).
Wan Saiful adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi serta Timbalan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan juga calon PH bagi kerusi Parlimen P011 Pendang pada PRU14 lalu. Beliau bagaimanapun, hanya memperoleh 14,901 undi berbanding calon PAS (26,536 undi) dan calon UMNO (20,728 undi).
Dalam ‘Janji 21: Memperkasa perkhidmatan awam’, manifesto PH menegaskan bahawa kerajaan PH akan meletakkan sektor perkhidmatan awam kembali ke tempat yang sewajarnya dengan memastikan para pegawai kerajaan tidak terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
Dalam ‘Janji 22: Menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan (GLC) setaraf dengan piawaian antarabangsa’ pula, manifesto menegaskan kerajaan PH akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan profesional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.
Namun, semalam Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menafikan lantikan Wan Saiful atas lantikan politik, sebaliknya berkata ia adalah satu pelan luar jangka untuk menyelamatkan keadaan dan membantu melunaskan janji kerajaan.
Dr Maslee memberi alasan bahawa tiada individu berlatarbelakangkan ekonomi dan kewangan yang sanggup berdepan tanggungjawab di dalam PTPTN, khususnya untuk mengutip hutang daripada peminjam, sebaliknya Wan Saiful bersedia menggalas tugas itu.
Mengulas tindakan melantik Wan Saiful sebagai Pengerusi PTPTN itu yang dilihat sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ kerajaan PH, Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, menyifatkannya sebagai langkah tidak berprinsip kerajaan PH.
Ketua Pemuda Isma, Farid Hussin berkata, sebelum ini kerajaan beriya-iya menamatkan kontrak 17,000 pegawai dan kakitangan awam atas alasan ia adalah lantikan politik oleh Barisan Nasional (BN).
“Sekarang mereka sesuka hati lantik Wan Saiful sedangkan ia adalah lantikan seorang ahli politik. Adakah lantikan politik yang dimaksudkan adalah lantikan politik BN sahaja yang tidak boleh? Tetapi PH sewenang-wenangnya boleh melakukan lantikan politik?
“Kita nampak PH tidak meletakkan perkara tersebut sebagai prinsip, tetapi hanyalah senjata politik dalam menghapuskan saki baki seteru politiknya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net
Wan Saiful dilantik sebagai Pengerusi PTPTN bagi tempoh dua tahun pada 18 Jun lalu.
Bekas Ketua Pegawai eksekutif di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu menawarkan diri untuk memegang jawatan berkenaan atas alasan untuk melunaskan janji PH berkenaan PTPTN dalam 100 hari pertama kerajaan baru.
Farid berkata, apa jua alasan pun Wan Saiful tidak sepatutnya dilantik mahupun menerima jawatan itu.
“Dalam keadaan ini, untuk membuktikan kerajaan berprinsip, Wan Saiful patut meletak jawatan jika benar-benar mempunyai integriti,” katanya.
Demikianlah Artikel [ELOK LETAK JAWATAN] PTPTN: Dr Maszlee silap, Wan Saiful memang lantikan politik
Sekianlah artikel [ELOK LETAK JAWATAN] PTPTN: Dr Maszlee silap, Wan Saiful memang lantikan politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [ELOK LETAK JAWATAN] PTPTN: Dr Maszlee silap, Wan Saiful memang lantikan politik dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/06/elok-letak-jawatan-ptptn-dr-maszlee.html
0 Response to "[ELOK LETAK JAWATAN] PTPTN: Dr Maszlee silap, Wan Saiful memang lantikan politik"
Posting Komentar