Judul : (Lebih Melayu berbanding Ku Li, KJ) Pandangan Wan Fayhsal kenapa PONOROGO Menang
link : (Lebih Melayu berbanding Ku Li, KJ) Pandangan Wan Fayhsal kenapa PONOROGO Menang
(Lebih Melayu berbanding Ku Li, KJ) Pandangan Wan Fayhsal kenapa PONOROGO Menang
Oleh Wan Fayhsal
1. Tolak tepi tuduhan politik wang, jawapan mudah kepada persoalan di atas: mereka berdua "kurang Melayu" berbanding Zahid.
2. Anda boleh lihat pandangan yang diutarakan penyokong UMNO di akar umbi dalam komen Facebook ini: satu daripada orang kuat/SUA PERKASA (Tuan Syed Hassan) dan satu lagi daripada orang kuat DS Zahid Hamidi sendiri: Sheikh Kareem yang juga merangkap SUA Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA).
3. Di kaca mata orang Melayu akar umbi yang tradisional dan konservatif, DS Zahid Hamidi adalah panglima Melayu, bukan setakat itu saja, hampir-hampir saja menyerupai taraf keperwiraan pemimpin politik lagenda Ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah Nizam al-Mulk.
4. Hal ini amat sukar difahami oleh golongan bandar, liberal, dan yang tidak pernah terjun ke dasar akar umbi politik Melayu untuk memahami betapa sebenarnya DS Zahid Hamidi biarpun punya kekurangan di sana sini; dari segi kerangka pemikiran dan sifat kepimpinan, beliau amat dekat dengan nilai dan semangat orang-orang Melayu kebanyakan berbanding (1) anak putera raja dan (2) lulusan Oxford, anak bekas diplomat yang tidak membesar di Malaysia.
5. Fakta ini tidak menafikan sama sekali kekuatan dan kelebihan Ku Li dan KJ yang sememangnya kita tahu punya kepandaian dan karisma yang tersendiri khasnya untuk kebanyakan rakyat jelata. Tapi dari segi kayu ukur politik Melayu, mereka berdua belum cukup "tulen" seperti digambarkan oleh dua pandangan pemimpin akar umbi dalam "screen cap" Facebook ini.
6. Rasional yang melingkari batang tubuh politik Melayu yang meletakkan DS Zahid sebagai Presiden UMNO yang baru tidak sama seperti yang didendangkan dalam The Star, dalam NST, dalam Pakatan Harapan - baik PKR, Amanah hatta PPBM sekalipun.
7. Ku Li dan KJ dari kaca mata akar umbi orang Melayu dan UMNO adalah pemimpin yang membawa nilai liberal (Ku Li dikenali rapat dengan G25 dan KJ banyak kali dilihat sebagai apologetik kepada nilai yang bertentangan dengan aspirasi tradisional Melayu) dan tidak menepati aspirasi keagamaan Ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah.
8. Mungkin ada berasa curiga dengan analisan saya ini kerana membawa contoh-contoh yang dilihat tidak punya autoriti dalam menyelami pemikiran Melayu-Islam tradisional. Jangan lupa bagaimana DS Zahid Hamidi diangkat sebagai penaung kepada projek besar Persidangan Ulama' Antarabangsa yang berlangsung di UTM 26-28 Julai 2017 dengan kerjasama PERTAMA dan CASIS.
9. DS Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu diletakkan harapan yang besar di atas pundak kepimpinan beliau untuk memperkasakan institusi Islam dan Melayu seperti contoh World Sufi Centre pertama di Asia dan juga usaha untuk mengembalikan ISTAC. Malah Pertandingan Marhaban Piala YAB DS Dr Ahmad Zahid Hamidi juga pernah dilaksanakan.
10. Ianya bukan rahsia di kalangan aktivis politik dan ulama' Melayu bahawa DS Najib Razak adalah liabiliti dalam menjelang PRU-14 dan mereka memang berharap DS Zahid Hamidi mampu dijadikan Presiden UMNO seterusnya Perdana Menteri Malaysia jikalau UMNO dan BN terus menang PRU-14. Maka kempen-kempen halus yang dibuat oleh para asatizah Ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah dan profesor pemikiran dan peradaban Islam untuk tidak mengundi Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad berlangsung dengan giat khususnya di saat-saat akhir menjelang hari pembuangan undi. 1MDB ke, skandal Felda, Tabung Haji - itu semua tidak sepenting mempertahankan akidah dan ketuanan Melayu. Mereka boleh bertolak ansur dengan semua jenis kebobrokan UMNO KECUALI hal-hal asas agama dan bangsa.
11. Anda berasa pelik? Anda masih ingin menghina dan memandang rendah kekuatan dan kemampuan DS Zahid Hamidi dengan mengejek beliau Wak Jahid, Jawa Ponorogo? Anda sememangnya jahil murakkab (compounded ignroance) berkenaan dinamika politik Melayu di peringkat akar umbi.
12. Bagi mereka yang menyokong DS Zahid Hamidi, kesalahan dan kekurangan beliau dalam soal urus tadbir tidak sesekali akan menafikan kelebihan dan 'kelurusan' (al-sirat al-mustaqim) beliau dalam hal-hal semangat kebangsaan Melayu dan mazhab penyelamat (al-firqah al-najiyyah) Ahl al-Sunnah wa'l-Jama'ah. Ringkasnya DS Zahid Hamidi adalah "Imam" kepada orang Melayu konservatif yang 70% mengundi PAS dan UMNO dalam PRU-14 yang lalu.
13. Percayalah UMNO tidak akan terkubur malah akan menjadi lebih kuat di bawah DS Zahid Hamidi kelak. UMNO akan membina jaringan strategik dengan PAS ketumbukan ini akan membentuk gelombang "Malay Populism" yang akan menghempas 'pantai' "liberal, sekular dan 'Malaysian Malaysia' Pakatan Harapan" yang mana benteng pasirnya masih tampak lemah dan rapuh di bawah PKR, PPBM dan Amanah. DS Najib tidak berlawak tentang kekhuatiran Melayu akan jadi terbangsat.
14. Ternyata ramai yang masih tidak memahami politik Melayu. Nasihat saya jangan pandang rendah DS Zahid Hamidi, UMNO dan golongan akar umbi Melayu. Rasa terancam mereka ini akan diterjemahkan menjadi gelombang kebangkitan yang besar kelak. Pemimpin Pakatan Harapan yang angkuh dan 'kerek' dalam menyelami sanubari akar umbi dan pemikiran tradisi Melayu-Islam akan karam di tengah-tengah badai yang bakal mengganas nanti.
Demikianlah Artikel (Lebih Melayu berbanding Ku Li, KJ) Pandangan Wan Fayhsal kenapa PONOROGO Menang
Sekianlah artikel (Lebih Melayu berbanding Ku Li, KJ) Pandangan Wan Fayhsal kenapa PONOROGO Menang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (Lebih Melayu berbanding Ku Li, KJ) Pandangan Wan Fayhsal kenapa PONOROGO Menang dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/06/lebih-melayu-berbanding-ku-li-kj.html
0 Response to "(Lebih Melayu berbanding Ku Li, KJ) Pandangan Wan Fayhsal kenapa PONOROGO Menang"
Posting Komentar