Irwan hadir ke SPRM naik KERETA Myvi

Irwan hadir ke SPRM naik KERETA Myvi - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Irwan hadir ke SPRM naik KERETA Myvi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Irwan hadir ke SPRM naik KERETA Myvi
link : Irwan hadir ke SPRM naik KERETA Myvi

Baca juga


Irwan hadir ke SPRM naik KERETA Myvi


PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Siregar Abdullah antara pemimpin yang menjadi tumpuan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Kelibat beliau dirakam media turut mencuri tumpuan apabila hanya berkemeja putih dan tiba ke ibu pejabat SPRM dengan menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam berbanding pemimpin sebelum ini yang rata-rata menaiki kereta mewah.

Irwan Siregar dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan suruhanjaya itu terhadap skandal urusan 1MDB dengan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Pagi tadi, sidang Parlimen mendedahkan pendapatan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu
dari Januari 2011 sehingga kontraknya ditamatkan 13 Jun lalu memperoleh pendapatan RM2,944,095.61.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (Kepong-PH) yang meminta kementerian menyatakan jumlah pendapatan Irwan sepanjang tempoh berkhidmat.

"Pecahan pendapatan beliau mengikut tahun adalah seperti berikut, RM281,800.43 (2011), RM337,517.79 (2012), RM366.422.62 (2013), RM398,497.09 (2014), RM411,782 (2015), RM422,316.10 (2016), RM495,711.45 (2017) dan RM230,048.13 (sehingga Jun 2018).

"Maklumat ini adalah emolumen sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan sahaja tidak termasuk pendapatan lain seperti elaun ahli lembaga pengarah yang jauh lebih besar daripada emolumen beliau sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan," katanya dalam jawapan bertulis.

Dalam siasatan kes sama, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba untuk memberi keterangan kira-kira jam 1.54 petang tadi.

Beliau yang berpakaian suit biru tiba menaiki sebuah kereta Audi berwarna kelabu dan terus masuk ke pejabat SPRM. - SH


Demikianlah Artikel Irwan hadir ke SPRM naik KERETA Myvi

Sekianlah artikel Irwan hadir ke SPRM naik KERETA Myvi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Irwan hadir ke SPRM naik KERETA Myvi dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/irwan-hadir-ke-sprm-naik-kereta-myvi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Irwan hadir ke SPRM naik KERETA Myvi"

Posting Komentar