Judul : Oh Malaysiaku…beruntungnya jadi bukan Islam
link : Oh Malaysiaku…beruntungnya jadi bukan Islam
Oh Malaysiaku…beruntungnya jadi bukan Islam
SAYA membaca dengan tekun artikel bertajuk “China demolishes Christian megachurch” yang disiarkan oleh laman sesawang berpengaruh dunia, pada 13 Januari 2018, mengenai tindakan kerajaan China merobohkan antara gereja terbesar di negara tersebut, walaupun mendapat protes daripada jutaan rakyatnya dan dunia keseluruhannya. Kerajaan China tidak peduli. Tindakan tersebut dibuat kerana ianya dibina secara haram tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Begitulah tegas pihak berkuasa Komunis China menggunakan segala peruntukan kuasa yang ada. Kita pula bagaimana?
Seperti Malaysia, China mengamalkan kebebasan beragama mengikut perlembagaan, tetapi pihak berkuasa sentiasa memantau pergerakan kumpulan agama ini dan pembinaan rumah ibadat terutama gereja, agar tidak dibina sewenang-wenang tanpa kebenaran. Kerajaan China tidak mahu berlaku campur tangan asing. Mengikut statistik 2014, China mempunyai 5.7 juta penganut Katolik dan 23 juta penganut Protestan.
Insiden ini mengingatkan saya akan tindakan Taliban di Afghanistan pada tahun 2001, merobohkan patung Buddha (Bamiyan Buddhas) di negaranya, memandangkan hampir tiada ada penganut Buddha di sana. Berita ini terus disensasikan dan umat Islam dilabelkan sebagai orang tidak bertoleransi. Dalam menjustifikasikan tindakan, pemimpin Taliban, Mullah Omar berkata:
I did not want to destroy the Bamiyan Buddha. In fact, some foreigners came to me and said they would like to conduct the repair work of the Bamiyan Buddha that had been slightly damaged due to rains. This shocked me. I thought, these callous people have no regard for thousands of living human beings – the Afghans who are dying of hunger, but they are so concerned about non-living objects like the Buddha. This was extremely deplorable. That is why I ordered its destruction. Had they come for humanitarian work, I would have never ordered the Buddha’s destruction.(Mohammad Shehzad, 3 March 2001)
Sangat jelas alasan Taliban ketika itu, orang luar sanggup datang untuk memperbaiki patung Buddha dengan mengeluarkan belanja yang banyak untuk memperbaiki patung yang ‘mati’, tetapi membiarkan rakyat Afghanistan yang ‘hidup’, hidup dalam kelaparan dan kemiskinan. Beliau pasti tidak akan merobohkan patung tersebut jika mereka turut datang membantu mengurangkan penderitaan rakyatnya atas dasar perikemanusiaan. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku.
Kalaulah di Malaysia, tindakan yang sama dilakukan, saya tidak dapat bayangkan akan betapa riuhnya berita ini akan disensasikan dan terus disensasikan berbulan-bulan. Tetapi itulah kerajaan China, tidak ada tolak ansur dalam perkara yang bertentangan dengan undang-undang mereka.
Di negara ini, buat sahaja, rumah ibadat didirikan mengikut suka hati, tanpa meminta kebenaran, hatta dipacak dan dibina di mana-mana sahaja mereka suka. Bila tiba mahu dirobohkan atas tujuan pembangunan, maka berkokoklah mereka tidak pernah habis. Kita pun mengalah kerana takut hilang undi. Inilah yang telah mengakibatkan rumah ibadat bukan Islam melebihi 500 ribu berbanding dengan surau masjid sekitar 30 ribu.
Terbaharu, kita lihat politik kotor ultra kiasu yang mempolitikkan isu perobohan kuil milik Persatuan Penganut Dewa Shree Sivasakthi Shree Sinnakaruppar yang terletak di atas sebuah tanah milik persendirian, pada 11 Januari 2018 yang lalu, sehingga pihak kerajaan negeri terpaksa campur tangan.
Menteri Besar Johor berkata, bahawa perobohan tersebut adalah dilakukan oleh individu pemilik sah tanah tersebut atas kapasitinya selaku pemilik tanah, dan bukannya oleh pihak kerajaan negeri atau mana-mana agensi kerajaan.
Kedua, ia sebenarnya dirobohkan dengan kebenaran perintah mahkamah yang dipohon secara persendirian oleh pemilik sah tanah tersebut dan tidak melibatkan pihak kerajaan negeri. Ketiga, kerajaan negeri sebenarnya pernah mencadangkan sebidang tanah baru untuk menggantikan kuil di tanah persendirian tersebut. Bagaimanapun, cadangan kerajaan negeri tersebut telah ditolak oleh pihak kuil yang berkeras untuk kekal di atas tanah milik persendirian di dalam kes ini. Memandangkan isu ini berlarutan dan mula dipolitikkan, kerajaan negeri ingin sekali lagi menawarkan kepada pihak pengurusan kuil sebidang tanah baru yang telah dirizabkan sebagai tapak kuil di Jalan Persisiran, Seri Alam.
Saya sangat kagum dengan sifat negarawan sebegini. Inilah toleransi yang tidak ada tolok bandingnya. Mana ada negara di dunia yang bertindak sebegini. Ini tidak termasuk bantuan kerajaan terhadap rumah ibadat bukan Islam. Hatta, seperti yang sebut dalam artikel minggu lepas, di negara bukan Islam, rumah ibadat didirikan dengan inisiatif persendirian tanpa bantuan kerajaan. Apa lagi yang kita mahu? Hargailah toleransi ini.
Sama juga isu bantuan sekolah vernakular. Peruntukan yang sama diberikan kepada sekolah agama, juga diberikan kepada sekolah vernakular. Bayangkan sekolah vernakular yang tidak banyak bilangannya seperti SJKC dan SJKT.
Sebab itu adalah sangat kelakar apabila pemimpin besar ultra kiasu Pulau Pinang melawat salah sebuah SJKC di Yong Peng Johor baru-baru, tiba-tiba pihak Sekolah datang meminta bantuan. Ultra kiasu ini menyalahkan kerajaan negeri dan wakil rakyat di sana kerana tidak membantu SJKC sehingga terpaksa meminta bantuan daripada ultra kiasu.
Persoalan saya, yang ultra kiasu gatal melawat ke SJKC tersebut kenapa? Sudah tentulah pihak sekolah akan mengambil kesempatan. Jika saya selaku YDP PIBG pun saya akan mengambil kesempatan ini ketika pemimpin besar mahu turun padang. Jadi, apa isu ianya hendak dipolitikkan? Nak beri, berilah, tak nak sudah. Pasal apa gatal keluar kenyataan.
Untuk makluman, adalah menjadi satu amalan di mana-mana sekolah seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) apabila pemimpin besar datang melawat, biasalah pihak sekolah atau PIBG akan mengambil kesempatan untuk meminta bantuan atau derma. Adakah itu salah? Amat naïf sekali apabila pemimpin ultra kiasu mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Berapa banyak sekolah aliran kebangsaan yang tidak mendapat bantuan untuk memperbaiki prasarana atas atas alasan kekangan bajet? Saya berikan satu contoh, SMK Taman Tasik, Ampang, yang dipimpin oleh adik saya selaku YDP dan saya selaku juru audit. Boleh dikatakan tidak ada peruntukan membaiki prasarana sekolah diberikan oleh pihak kerajaan. Padang bola tidak dapat digunakan, sudah lebih 10 tahun. Ia memerlukan belanja sebanyak RM300,000 untuk memperbaiki kemudahan padang sekolah tersebut.
Siling kantin bocor dan rosak, macam nak roboh, juga perlu diperbaiki. Semua aduan ini telah dipanjang kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tetapi sehingga ke hari ini tidak ada tindakan diambil kerana kekurangan bajet. PIBG hanya mampu untuk membantu memperbaiki kemudahan dalam ruang lingkup kemampuannya sahaja. Saya mahu jelaskan di sini, tidak ada bantuan diberikan untuk memperbaiki infrastruktur sekolah yang saya sebutkan tadi. PIBG hanya berjaya mendapat bantuan sebanyak RM5000.00 sahaja, itupun daripada Ahli Dewan Undangan Negeri PAS kawasan tersebut.
SJKC di Yong Peng dan Ayer Hitam cukup beruntung kerana wakil rakyat adalah terdiri daripada orang Cina yang bertanding di kawasan majoriti Melayu. SJKC dijaga dengan baik. Meskipun bantuan dilaporkan, diberikan sebanyak RM10,000, pada saya itu sudah cukup banyak. Sekolah kami terpaksa meminta bantuan daripada parti pembangkang.
Saya memohon supaya pemimpin UMNO (BN) dapat melihat perkara ini dengan serius. Janganlah hanya SJKC dibantu, Sekolah aliran kebangsaan dibiarkan ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan.
Justeru, berbalik kepada semua ini, seperti yang selalu saya syorkan, kita perlu ada garis panduan dalam menangani semua perkara. Jika tidak, kita akan terus menghadapi masalah yang sama. Setiap isu akan dipolitik dan peluang menangguk di air yang keruh akan digunakan setiap masa terutama menjelang Pilihan Raya Umum 14. Siapa yang untung, siapa yang rugi? Saya tidak nampak politik sebegini menguntungkan Islam. Fikir-fikirkanlah.
Adakah wajar rumah ibadat di dirikan di kawasan yang tidak ramai penghuni atau penyembahnya? Apakah wajar rumah ibadat didirikan berderetan dalam skala besar dalam kawasan yang sama? Adakah wajar bantuan sekolah agama dan sekolah vernakular diberikan layanan sama rata dan sama rasa? Saya pening mencari jawapannya. Apa yang saya tahu, inilah syurga yang disediakan oleh Malaysia kepada minoriti, terutama bukan Islam. Apakah kita masih tidak bersyukur? Percayalah, tidak ada sistem di dunia yang paling bertoleransi terhadap bukan Islam terutama dalam perkara agama dan pendidikan, melainkan Malaysia. Mahu apa lagi kita?
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Demikianlah Artikel Oh Malaysiaku…beruntungnya jadi bukan Islam
Sekianlah artikel Oh Malaysiaku…beruntungnya jadi bukan Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Oh Malaysiaku…beruntungnya jadi bukan Islam dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/oh-malaysiakuberuntungnya-jadi-bukan.html
0 Response to "Oh Malaysiaku…beruntungnya jadi bukan Islam"
Posting Komentar