Antara yang akan dibubarkan ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Majlis Profesor Negara (MPN), dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
"Kebanyakan institusi ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kerajaan, yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan. Semua perkara ini akan dibubarkan.
"Kita tidak memerlukan kepintaran mereka, saya fikir kita pun ada kepintaran," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet di Perdana Putra, di sini hari ini.
Beliau berkata, keputusan memansuhkan agensi dan insitusi terbabit dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tersebut yang memberi tumpuan kepada hutang negara yang mencecah RM1 trilion, dengan mengurangkan perbelanjaan dalam bajet kerajaan terdahulu. - Bernama