PONOROGO MENANG: Ki Li dakwa wujud rasuah, beli undi

PONOROGO MENANG: Ki Li dakwa wujud rasuah, beli undi - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PONOROGO MENANG: Ki Li dakwa wujud rasuah, beli undi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PONOROGO MENANG: Ki Li dakwa wujud rasuah, beli undi
link : PONOROGO MENANG: Ki Li dakwa wujud rasuah, beli undi

Baca juga


PONOROGO MENANG: Ki Li dakwa wujud rasuah, beli undi


KUALA LUMPUR - Veteren Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa mendengar khabar angin mengenai tindakan calon tertentu membeli undi pada pemilihan parti kali ini.

Beliau yang tewas dalam saingan merebut jawatan Presiden Umno hari ini, bimbang amalan politik wang menjejaskan masa depan serta proses pembaharuan parti itu, jika khabar angin berkenaan benar.
Menurutnya, pengaruh wang dan rasuah menyebabkan individu yang layak dan berpotensi, gagal diketengahkan pada pemilihan kali ini kerana tidak berduit.
"Saya dengar berita yang tak berapa baik. Saya harap ini khabar angin dan tidak betul. Tapi saya dengar dalam pemilihan ini, banyak duit digunakan.

"Sepatutnya, kita sudah berhenti menggunakan wang dalam pemilihan parti. Ini adalah sogokan atau rasuah, membeli undi dan sebagainya," katanya memetik laporan Berita Harian.

Ku Li berkata, jika benar berlaku, dukacitalah kerana masa depan pimpinan parti ini akan bergantung pada duit juga kerana amalan politik wang.

"Pengaruh duit yang sepatutnya dihapuskan, sudah bermaharajalela semula dalam politik tanah air, terutama politik Umno. Ini tidak akan berfaedah kepada sesiapa," katanya ketika ditemui Berita Harian di majlis tahlil aktivis Islam, Allahyarham A Karim Omar di sini, malam ini.

Pada pemilihan pucuk pimpinan parti hari ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diumumkan sebagai Presiden Umno yang baharu, selepas menewaskan Tengku Razaleigh dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin serta dua lagi calon.

Selain itu, ditanya berkenaan keputusan pemilihan itu, Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang secara sinis berkata ia keputusan yang bagus jika khabar angin yang didengarnya tidak benar.

"Kita harap dihentikan jika berlaku mainan duit untuk mempengaruhi mereka yang berhak memilih kerana ini akhirnya menjadi barah, boleh merosakkan bukan saja parti politik tapi juga masyarakat," katanya.

Selain itu, diminta mengulas mengenai apa akan dilakukannya selepas ini, veteran Umno itu berkata beliau mahu berehat memandangkan sudah mencecah usia 81 tahun, selain berada dalam arena politik selama 60 tahun.


Demikianlah Artikel PONOROGO MENANG: Ki Li dakwa wujud rasuah, beli undi

Sekianlah artikel PONOROGO MENANG: Ki Li dakwa wujud rasuah, beli undi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PONOROGO MENANG: Ki Li dakwa wujud rasuah, beli undi dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/06/ponorogo-menang-ki-li-dakwa-wujud.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PONOROGO MENANG: Ki Li dakwa wujud rasuah, beli undi"

Posting Komentar