Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya (MENTERI JANGAN BUTA SEJARAH)

Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya (MENTERI JANGAN BUTA SEJARAH) - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya (MENTERI JANGAN BUTA SEJARAH), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya (MENTERI JANGAN BUTA SEJARAH)
link : Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya (MENTERI JANGAN BUTA SEJARAH)

Baca juga


Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya (MENTERI JANGAN BUTA SEJARAH)


*Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya?*

Kita semua tahu bahawa MALAYSIA ialah nama negara kita setelah berlaku percantuman antara 11 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Sebelum penubuhan Malaysia, kita di Semenanjung Tanah Melayu memanggil negara kita Persekutuan Tanah Melayu. Semasa negara kita merdeka dari British pada tahun  1957, nama negara kita pada masa itu ialah PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.

Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1948 oleh penjajah British, dengan persetujuan Raja-Raja Melayu dan UMNO (United Malays National Organisation). Sebelum itu, negeri-negeri yang tergabung di dalam Persekutuan Tanah Melayu di panggil negeri-negeri TANAH MELAYU sahaja. Di dalam bahasa Inggeris, negeri-negeri Tanah Melayu dipanggil ‘Malay States’, sementara Persekutuan Tanah Melayu di panggil ‘Federation of Malaya’, atau ‘Malaya’ sahaja.

Persoalannya, bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALAYSIA. Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan  ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’. Semuanya membawa maksud yang hampir sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin.

Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England (Tanah bangsa Angels), Iceland (tanah air batu atau ‘ice’), Scotland (tanah bangsa Scots), Swaziland (tanah bangsa Swazis), Finland (tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai).

Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan (tanah suci), Tajikistan (tanah bangsa Tajik), Afghanistan (tanah bangsa Afghan) dan Kirgyztan (tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.

Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia (tanah bangsa Ross), Somalia (tanah bangsa Somali), Algeria (tanah bangsa Algiers), Bolivia (tanah bangsa Bolivars), India (tanah sungai Indus), Columbia (tanah Columbus), Mongolia (tanah bangsa Mongols), Ethiopia (tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.

C&P

#Malaysia
#Tanah Melayu
#Tanah Orang-orang Melayu


Demikianlah Artikel Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya (MENTERI JANGAN BUTA SEJARAH)

Sekianlah artikel Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya (MENTERI JANGAN BUTA SEJARAH) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya (MENTERI JANGAN BUTA SEJARAH) dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/asal-usul-nama-malaysia-dan-apa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya (MENTERI JANGAN BUTA SEJARAH)"

Posting Komentar