"Kerajaan sekarang ancaman luar biasa kepada umat Islam"

"Kerajaan sekarang ancaman luar biasa kepada umat Islam" - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Kerajaan sekarang ancaman luar biasa kepada umat Islam", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Kerajaan sekarang ancaman luar biasa kepada umat Islam"
link : "Kerajaan sekarang ancaman luar biasa kepada umat Islam"

Baca juga


"Kerajaan sekarang ancaman luar biasa kepada umat Islam"


15 Zulkaedah 1439H, Sabtu – Umat Islam di negara ini sedang berdepan ancaman besar dan luar biasa setelah tampuk pemerintahan bertukar tangan kepada kepemimpinan baharu, yang dikuasai orang bukan Islam.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, walaupun pada dasarnya jawatan utama negara masih diterajui pemimpin beragama Islam, beliau percaya realitinya aturan sebenar dalam sistem pemerintahan Malaysia dikawal bukan Islam.

Menyifatkan ia malapetaka kepada umat Islam, beliau berkata, rakyat khususnya orang Melayu tidak lagi boleh menunggu sehingga tempoh lima tahun akan datang untuk membawa perubahan.

Sebaliknya tegas beliau, rakyat perlu mula menghantar mesej dan isyarat dengan terus bangkit dan membuat perubahan, kerana kerajaan sekarang pastinya telah mengatur perancangan yang lebih besar untuk masa akan datang.

“Kita tak boleh bercakap mengenai isu semata-mata, kerana di sana sudah ada ‘grand design’ yang besar yang perlu kita faham.

“Di sana ada satu perubahan yang akan dilakukan, diketuai oleh Ambiga untuk mengubah struktur, Perlembagaan, perundangan negara supaya menepati dengan kehendak liberty (kebebasan), equality (persamaan) dan fraternity (persaudaraan),” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan UMMAH, Malaysia Baharu Pasca PRU14: Islam Melayu Terancam, di padang Kelab Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

Beliau berkata, rakyat, khususnya umat Islam perlu memahami ideologi perjuangan musuh yang mahu mengubah struktur negara dan akhirnya akan meminggirkan kedudukan Islam dan Melayu di negara ini.

“Saya ulangi bahawa kita tidak rela jika perkara ini berlaku. Dan ini keazaman Isma, di mana kita akan bersama dengan siapa sahaja sama ada PAS atau UMNO dan mana-mana NGO yang bersama bangkit menyatakan pendirian ini.

“Kehendak kita ialah kita mahu negara ini mengembalikan kedaulatan, maruah dan ketinggiannya. Kalau kita benarkan Pakatan Harapan (PH) terus memerintah, segala yang diwarisi akan terkubur dan tidak mustahil masa depan anak cucu kita menjadi seperti Melayu Singapura, dan mungkin lebih teruk seperti Rohingya atau Palestin,” katanya.

Katanya, jika umat Islam terus ‘berlembut’ dan berdiam diri, Pakatan Harapan akan terus menggubal dan membuat perubahan terhadap undang-undang sehingga rakyat tidak mampu bersuara.

“Bagi Isma, apa yang kami tuntut adalah mengembalikan semula kedaulatan bangsa Melayu di bumi Malaysia ini. Bukan semata-mata menuntut tolak UEC atau isu-isu kecil lain. Tetapi kami mahu kembalikan semula kedaulatan bangsa Melayu.

“Saya percaya bahawa himpunan hari ini adalah permulaan yang benar bertitik tolak dengan niat dan tekad yang betul serta ingin perubahan kepada negara bangsa,” katanya.


Demikianlah Artikel "Kerajaan sekarang ancaman luar biasa kepada umat Islam"

Sekianlah artikel "Kerajaan sekarang ancaman luar biasa kepada umat Islam" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Kerajaan sekarang ancaman luar biasa kepada umat Islam" dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/kerajaan-sekarang-ancaman-luar-biasa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to ""Kerajaan sekarang ancaman luar biasa kepada umat Islam""

Posting Komentar