MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA

MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA
link : MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA

Baca juga


MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA




MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA

Alhamdulillah, saya serta rakan-rakan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini telah menyerahkan satu memorandum khas kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) berkaitan kempen Mahasiswa Bantah UEC.

Kami memilih Ahli Parlimen Kubang Kerian kerana parti beliau (PAS) konsisten sejak sebelum, semasa dan selepas PRU14 menolak UEC yang menjadi punca kepada krisis polarisasi kaum dalam negara kita.

Berikut merupakan tuntutan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) kepada seluruh ahli Parlimen Malaysia :

1. Ahli Parlimen Malaysia mestilah sebulat suara menolak pengiktirafan UEC ini secara rasmi sama ada di dalam perbahasan sidang Parlimen atau di media sosial kerana ianya jelas bertentangan dengan Akta Pendidikan Negara 1996.

2. Ahli Parlimen Malaysia mestilah memboikot mana-mana pihak atau NGO yang memberikan tekanan atau paksaan kepada kerajaan untuk mengiktiraf dan melaksanakan sistem pendidikan UEC dalam negara kerana UEC jelas bersifat memelihara kepentingan pihak tertentu sahaja dan mengundang kepada krisis polarisasi kaum. 

3. Ahli Parlimen Malaysia mestilah memastikan sistem pendidikan Negara diperkasa dan mampu menjadi platform untuk menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti yang direkodkan di dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.

4. Ahli Parlimen Malaysia mestilah menggubal satu undang – undang khas atau meminda undang-undang yang berkaitan agar setiap sekolah di Malaysia sama ada di bawah kerajaan atau persendirian wajib menyediakan kelas pengajian subjek Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia yang setara dengan sukatan pelajaran kurikulum kebangsaan kepada pelajar-pelajar mereka.

5. Ahli Parlimen Malaysia mestilah memastikan sistem UEC dirombak serta dikemaskini supaya selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan agar perpaduan Nasional antara kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat diperkasa dari semasa ke semasa khususnya antara kaum Melayu dan Cina.

Sekian, terima kasih.

‘’Istiqamah Bersama Islam”

Yang benar,

Muhammad Faizzuddin bin Mohd Zai
Presiden
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)


Demikianlah Artikel MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA

Sekianlah artikel MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/memorandum-mahasiswa-bantah-uec-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MEMORANDUM MAHASISWA BANTAH UEC KEPADA AHLI PARLIMEN MALAYSIA"

Posting Komentar