Mengapa Cerdik Pandai Cina Menolak UEC?

Mengapa Cerdik Pandai Cina Menolak UEC? - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengapa Cerdik Pandai Cina Menolak UEC?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengapa Cerdik Pandai Cina Menolak UEC?
link : Mengapa Cerdik Pandai Cina Menolak UEC?

Baca juga


Mengapa Cerdik Pandai Cina Menolak UEC?


Mengapa Sebahagian Cina Menolak UEC?
===========
1. Perbahasan soal Sijil Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bukan sahaja mendapat bantahan dari pejuang Pendidikan Kebangsaan malah ditentang oleh beberapa pakar pendidikan berbangsa cina. Mengapa pakar ini menolak sijil UEC ini?. Antaranya adalah:

a- Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong. Beliau meluahkan bahawa pengiktirafan UEC akan mengancam kedudukan pelajar berbangsa cina sendiri. Katanya “ramai yang tidak menyedari, dengan mengiktiraf UEC, peluang anak-anak Cina daripada aliran kebangsaan untuk mendapat tempat di IPTA dan sektor awam akan terjejas kerana mereka terpaksa bersaing dengan pelajar UEC”.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/iktiraf-uec-akan-turut-jejaskan-kepentingan-kaum-cina-1.706518#ixzz5MJrUEUZ4

b- Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay menegaskan bahawa, jika mereka memahami tentang Perlembagaan Malaysia sudah tentu usaha untuk mengiktiraf UEC tidak dilakukan. Ini adalah kerana UEC dilihat menggunakan bahasa pengantar Cina yang tidak selaras dengan dasar pendidikan negara yang berkehendakkan Pendidikan Kebangsaan mestilah menggunakan bahasa melayu.

Artikel penuh: http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/07/18/jahil-perlembagaan-punca-sokong-uec/

c- Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah pula menjelaskan bahawa Mata pelajaran sejarah UEC mengandungi 57.36 peratus sejarah Malaysia dan 42.64 peratus sejarah dunia. Sedangkan subjek sejarah SPM yang hampir seratus peratus adalah sejarah Malaysia dan sedikit berkaitan Islam. Pendidikan Sejarah mereka lebih berkiblatkan Taiwan berbanding sejarah Malaysia kegemilangan tanahair sendiri. Jadi bagaimana kita mahu membentuk jatidiri kebangsaan sedangkan pendidikan sejarah berkiblatkan negara lain?

Artikel Penuh: https://www.ismaweb.net/2018/07/16/naifnya-kita-memahami-uec/

2. Sementara itu, beberapa tokoh berbangsa melayu turut menyatakan kebimbangan mereka dalam isu ini. Antaranya:

a- Profesor Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican berkata, bagaimana kementerian boleh menimbang untuk mengiktiraf UEC kepada pelajar yang telah menolak sistem pendidikan kebangsaan. Pelajar yang memiliki UEC mengambil subjek sejarah yang berbeza. Di sekolah Cina swasta atau persendirian, pelajar diajar sejarah Taiwan, bukan sejarah Malaysia.

Artikel Penuh: http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/07/16/uec-kenapa-tunduk-desakan-minoriti-pinggir-suara-majoriti/


b. Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan kerajaan mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai merosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/453821/uec-rosakkan-dasar-pendidikan-kebangsaan-harussani

c. Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr. Saleeh Rahamad berkata, selain itu, buku teks SMPC Mene­ngah Atas pula hanya menyentuh sedikit sahaja topik tentang pembelajaran sejarah Malaysia yang dirangkumkan dalam tajuk Malaysia dan Negara-Negara Jiran. Katanya, lain pula untuk sejarah negara China yang mana terdapat sebuah buku khusus menerangkan sejarah negara tersebut secara terperinci.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/buku-teks-smpc-berkiblatkan-china-1.464558#ixzz5MJxKxnoV

3. Pendidikan adalah dasar yang membina kesatuan dan keharmonian negara. Kita bimbang, pengkhianatan terhadap Dasar Pendidikan Kebangsaan hanya akan melahirkan masa depan yang lebih meruncing dan mengancam usaha pembinaan negara yang harmoni.

Moga Allah menyatukan kita dengan Islam.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Demikianlah Artikel Mengapa Cerdik Pandai Cina Menolak UEC?

Sekianlah artikel Mengapa Cerdik Pandai Cina Menolak UEC? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengapa Cerdik Pandai Cina Menolak UEC? dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/mengapa-cerdik-pandai-cina-menolak-uec.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mengapa Cerdik Pandai Cina Menolak UEC?"

Posting Komentar