(BUTA SEJARAH) Prof Teo Kok Seong: Kula Segaran perlu hati-hati

(BUTA SEJARAH) Prof Teo Kok Seong: Kula Segaran perlu hati-hati - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (BUTA SEJARAH) Prof Teo Kok Seong: Kula Segaran perlu hati-hati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (BUTA SEJARAH) Prof Teo Kok Seong: Kula Segaran perlu hati-hati
link : (BUTA SEJARAH) Prof Teo Kok Seong: Kula Segaran perlu hati-hati

Baca juga


(BUTA SEJARAH) Prof Teo Kok Seong: Kula Segaran perlu hati-hati


Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran perlu merujuk kepada pakar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan sejarah.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, ini kerana kenyataan yang tidak tepat dari segi fakta boleh menyinggung sensitiviti kaum lain di negara ini.

Katanya, kenyataan Kula Segaran baru-baru ini yang menggambarkan orang India datang lebih awal di Tanah Melayu berbanding orang Melayu adalah tidak tepat serta boleh mengundang rasa tidak senang orang Melayu.

“Lebih-lebih lagi kenyataan Kula Segaran itu dibuat kepada khalayak kaum India dalam bahasa Tamil. Dari satu segi, ada unsur politik dan kenyataan itu sentuh sensitiviti orang Melayu.

“Jika berlarutan, ia boleh mencetuskan konflik dan bahaya kerana seolah-olah mencabar kaum lain. Lebih baik kenyataan berkaitan sejarah diserahkan saja kepada pakar,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebuah akhbar harian tempatan sebelum ini melaporkan, Kula Segaran mendakwa Melayu golongan pendatang di negara ini, sementara penduduk asal merupakan penganut agama Hindu.

Bagaimanapun, Kula Segaran menafikan mengeluarkan kenyataan orang Melayu adalah pendatang.

Sebaliknya, beliau hanya menjelaskan kedatangan orang India di Tanah Melayu sejak 2,500 tahun lalu yang dibuktikan melalui penemuan arkeologi.

Menurut Kok Seong, apa yang dikatakan oleh Kula Segaran mengenai kedatangan orang India pada zaman pra sejarah adalah benar.

Bagaimanapun, katanya, orang India datang sebagai perantau dari benua India dan tidak boleh dianggap sebagai penduduk asal.

“Apabila mereka merantau, sudah ada pun orang Melayu di sini pada zaman pra sejarah tersebut. Mungkin Kula Segaran kurang faham tentang rumpun Melayu dan alam Melayu yang cukup luas dari segi geografinya.

“Apabila orang Melayu datang ke sini, mereka bukan datang sebagai pendatang. Tetapi mereka hanya berpindah dari satu kawasan alam Melayu ke satu kawasan alam Melayu yang lain,” katanya. - SH


Demikianlah Artikel (BUTA SEJARAH) Prof Teo Kok Seong: Kula Segaran perlu hati-hati

Sekianlah artikel (BUTA SEJARAH) Prof Teo Kok Seong: Kula Segaran perlu hati-hati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (BUTA SEJARAH) Prof Teo Kok Seong: Kula Segaran perlu hati-hati dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/buta-sejarah-prof-teo-kok-seong-kula.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(BUTA SEJARAH) Prof Teo Kok Seong: Kula Segaran perlu hati-hati"

Posting Komentar