Ezam keluar BERSATU - "bukan masalah dalaman parti, saya tidak pernah terlibat dalam kepimpinan BERSATU"

Ezam keluar BERSATU - "bukan masalah dalaman parti, saya tidak pernah terlibat dalam kepimpinan BERSATU" - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ezam keluar BERSATU - "bukan masalah dalaman parti, saya tidak pernah terlibat dalam kepimpinan BERSATU", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ezam keluar BERSATU - "bukan masalah dalaman parti, saya tidak pernah terlibat dalam kepimpinan BERSATU"
link : Ezam keluar BERSATU - "bukan masalah dalaman parti, saya tidak pernah terlibat dalam kepimpinan BERSATU"

Baca juga


Ezam keluar BERSATU - "bukan masalah dalaman parti, saya tidak pernah terlibat dalam kepimpinan BERSATU"


Bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor mengesahkan beliau keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ia hanya berlaku selepas tiga bulan beliau memohon menyertai parti yang ditubuhkan itu setelah meninggalkan Umno.
“Ya, betul,” kata Ezam kepada Malaysiakini ketika diminta mengesahkan perkara itu hari ini.
Memetik sumber, Free Malaysia Today hari ini melaporkan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah memaklumkan pendiriannya kepada setiausaha agung BERSATU melalui sepucuk surat.
Ezam yang kedua berbuat demikian selepas bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan pada 27 Oktober lalu.
FMT juga melaporkan sumber mendakwa Ezam sebagai kecewa dengan arah tuju parti itu, terutamanya selepas isu berkaitan jawatan Anina Saadudin dalam sayap Srikandi.
Sumber itu juga dilapor mempersoal tindakan Presiden BERSATU Tan Sri MuhyiddinYassin yang didakwa “bercuti di Eropah” ketika pembangkang berhempas pulas menarik anggota baru.
Ezam bagaimanapun menjelaskan bahawa laporan itu tidak tepat dan tidak timbul sama sekali soal masalah dalaman parti.
Beliau sebaliknya berkata mahu menumpukan perhatian kepada NGO antirasuah Hisbah yang dipengerusikannya.
Katanya, mesyuarat tahunan lembaga pengarah Hisbah juga memintanya menjadi tidak partisan dalam menumpukan perhatian kepada kemelut 1MDB dan dakwaan berkaitan Felda.
“Atas sebab itu saya secara rasmi hantar surat undur diri dari BERSATU kepada setiausaha agung.

Tidak ada sama sekali soal masalah dalaman parti. Saya tidak pernah terlibat dalam pimpinan parti sama sekali dan saya tidak mahu dilibatkan,” katanya.
Untuk misi antirasuah melalui Hisbah itu, kata Ezam lagi, beliau akan bekerjasama dengan semua pihak, termasuk BERSATU.
Ezam berkata telah menghantar surat pengundurannya seminggu lalu.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin BERSATU yang dihubungi Malaysia petang ini berkata mereka tidak tahu menahu berkaitan perkembangan itu.
Malah ada juga yang berkata belum menerima surat peletakan jawatan itu. - MK


Demikianlah Artikel Ezam keluar BERSATU - "bukan masalah dalaman parti, saya tidak pernah terlibat dalam kepimpinan BERSATU"

Sekianlah artikel Ezam keluar BERSATU - "bukan masalah dalaman parti, saya tidak pernah terlibat dalam kepimpinan BERSATU" kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ezam keluar BERSATU - "bukan masalah dalaman parti, saya tidak pernah terlibat dalam kepimpinan BERSATU" dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2016/12/ezam-keluar-bersatu-bukan-masalah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ezam keluar BERSATU - "bukan masalah dalaman parti, saya tidak pernah terlibat dalam kepimpinan BERSATU""

Posting Komentar