PRU14 dijangka hujung Oktober depan

PRU14 dijangka hujung Oktober depan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14 dijangka hujung Oktober depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14 dijangka hujung Oktober depan
link : PRU14 dijangka hujung Oktober depan

Baca juga


PRU14 dijangka hujung Oktober depan



 PRU14 sekiranya tidak diadakan pada April atau Mei tahun depan, kemungkinan besar akan dilanjutkan sehingga hujung Oktober dan awal November.

China Press menulis, hasil kajian yang dibuat beberapa pemerhati politik Singapura mendapati, hujung Oktober dan awal November adalah waktu yang paling sesuai untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan PRU kerana banyak memihak kepada kerajaan.

“Selepas penganjuran Sukan Sea yang dijangka berlangsung secara besar-besaran, perayaan Hari Kebangsaan dan ditambahkan lagi pengumuman bajet yang sudah tentu akan memberikan ‘gula-gula’ kepada rakyat, maka inilah waktu yang paling sesuai untuk bubar parlimen.

“Undi rakyat tentu akan diberikan kepada kerajaan jika mereka sokong atau mahu apa yang mereka inginkan,” kata seorang pemerhati politik.

Beliau menjangkakan PRU juga kemungkinan akan diadakan pada April atau Mei kerana mengikut tradisi, ia tidak diadakan pada sepanjang bulan puasa ataupun hujung tahun.

Selain itu, kata beliau, dua faktor akan menjadi penentu kepada Najib mengadakan PRU, iaitu perpaduan Melayu dan isu Islam.

“Najib akan terus menekankan dua isu ini kerana ia mampu mengukuhkan sokongan orang Melayu bagi membolehkan BN memperoleh kemenangan dalam PRU akan datang,” katanya.

Sebelum ini, ramai pihak menjangkakan Najib akan mengadakan PRU lebih awal, iaitu pada tahun hadapan disebabkan perkembangan politik yang menyaksikan bakal memihak kepada BN.

Perpecahan yang berlaku dalam parti-parti pembangkang sehingga hari ini, terutama membabitkan Pakatan Harapan dengan Pas memungkinkan BN akan memperoleh kembali sokongan yang lebih baik berbanding PRU lalu. - SH



Demikianlah Artikel PRU14 dijangka hujung Oktober depan

Sekianlah artikel PRU14 dijangka hujung Oktober depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14 dijangka hujung Oktober depan dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2016/12/pru14-dijangka-hujung-oktober-depan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PRU14 dijangka hujung Oktober depan"

Posting Komentar