Tiada GST jika pembangkang memerintah - Tun Mahathir

Tiada GST jika pembangkang memerintah - Tun Mahathir - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada GST jika pembangkang memerintah - Tun Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada GST jika pembangkang memerintah - Tun Mahathir
link : Tiada GST jika pembangkang memerintah - Tun Mahathir

Baca juga


Tiada GST jika pembangkang memerintah - Tun Mahathir


SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menjadi parti politik yang mengembalikan kegemilangan Malaysia.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata antara tujuan utama penubuhan PPBM ialah untuk menggembleng kerjasama rakyat untuk mewujudkan kerajaan baharu dalam pilihan raya akan datang.

"PPBM akan menjadi komponen dalam parti campuran pembangkang yang akan menggunakan satu simbol, satu manifesto dan hanya satu calon sahaja di setiap kawasan.

"Campuran pembangkang ini akan sedia untuk menghadapi cabaran perlawanan tiga penjuru atau lebih," katanya semasa ucapan pelancaran PPBM di Stadium Malawati pada Sabtu.

Beliau pada masa sama turut menggariskan beberapa perkara yang akan diperjuangkan PPBM dalam usaha mencabar Barisan Nasional (BN).

Antaranya ialah rakyat bebas melapor dan mendakwa jika terdapat salah laku atau jenayah yang dilakukan, tiada pilih kasih dalam menguat kuasa undang-undang negara, kebebasan media dan kebebasan melaporkan kebenaran.

Selain itu, pemansuhan GST secara beransur-ansur dengan digantikan cukai jualan mengikut selera rakyat, dan usaha mempertahankan nilai mata wang tanpa penjualan dolar Amerika dalam simpanan negara turut digariskan.

Majlis Pelancaran PPBM dihadiri lebih 5,000 ahli serta rakan Pakatan Harapan.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; serta Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

-Astro Awani


Demikianlah Artikel Tiada GST jika pembangkang memerintah - Tun Mahathir

Sekianlah artikel Tiada GST jika pembangkang memerintah - Tun Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada GST jika pembangkang memerintah - Tun Mahathir dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/01/tiada-gst-jika-pembangkang-memerintah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tiada GST jika pembangkang memerintah - Tun Mahathir"

Posting Komentar