Judul : [DEMI RAKYAT, NEGARA] Mahathir akui Bersatu masih mengharap Pas
link : [DEMI RAKYAT, NEGARA] Mahathir akui Bersatu masih mengharap Pas
[DEMI RAKYAT, NEGARA] Mahathir akui Bersatu masih mengharap Pas
Bersatu masih berharap Pas akan dapat bekerjasama dengan parti itu bagi memastikan tujuan satu lawan satu menentang BN dapat direalisasikan.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, setakat ini perbincangan kedua-dua parti masih belum mencapai sebarang keputusan.
"Bagi Bersatu kita akan menyertai kerjasama dengan Pakatan Harapan lebih awal daripada Pas.
"Tetapi kita harap Pas akan bersama sekurang-kurangnya dengan Bersatu supaya kita dapat tentukan satu lawan satu. Namun kalau tak dapat, terpaksalah kita terima," katanya dalam sidang media selepas sesi meja bulat Selamatkan Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu, Mahathir mengakui inisiatif Selamatkan Malaysia yang dilancarkan itu mengalami kesukaran untuk mendapatkan sokongan ahli Umno.
"Masalah kita adalah untuk bertemu dengan mereka. Mereka agak takut dengar penjelasan kita kerana masih kekal dengan tafsiran yang silap untuk memudahkan diri mereka.
"Mereka nak percaya sangat dengan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya tiada apa-apa perlu dilakukan mereka. Tetapi kalau mereka dengar penjelasan kita, mereka terpaksa berfikir dan proses pemikiran itu agak berat bagi sesetengah orang. Kalau boleh mereka tak nak fikir, nak ikut saja," katanya.
Demikianlah Artikel [DEMI RAKYAT, NEGARA] Mahathir akui Bersatu masih mengharap Pas
Sekianlah artikel [DEMI RAKYAT, NEGARA] Mahathir akui Bersatu masih mengharap Pas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [DEMI RAKYAT, NEGARA] Mahathir akui Bersatu masih mengharap Pas dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/demi-rakyat-negara-mahathir-akui.html
0 Response to "[DEMI RAKYAT, NEGARA] Mahathir akui Bersatu masih mengharap Pas"
Posting Komentar