Judul : 10 Perkara UMNO MESTI BUAT untuk MENANG PRU14
link : 10 Perkara UMNO MESTI BUAT untuk MENANG PRU14
10 Perkara UMNO MESTI BUAT untuk MENANG PRU14
SEBAGAI sebuah parti Melayu terbesar dan juga pemerintah, maka sudah tentu setiap kali Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ini menjadi tumpuan orang Melayu secara khususnya dan rakyat jelata amnya.
Oleh kerana ini perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sudah pasti keseluruhan perbahasan akan memberikan keutamaan kepada strategi mencapai kemenangan untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Cabaran kali ini tidak semudah yang lalu, dengan kehadiran bekas Perdana Menteri yang juga mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad di sebelah pembangkang.
Sebagai sebuah parti untuk orang Melayu, PAU ini juga akan dijadikan platform untuk pemerintah menyatakan perjuangan mereka terhadap bangsa Melayu dengan harapan akan meraih simpati pengundi-pengundi Melayu.
Jika benar UMNO ingin memenangi hati orang Melayu, maka perkara-perkara berikut yang kita harap berlakuketika PAU nanti:
1. Tidak ada ‘bashing’ terhadap mana-mana individu atau parti yang menjadi seteru UMNO kerana rakyat sudah mual dengan kejelekan strategi ini. Rakyat mahu dengar ‘forward looking’ ucapan daripada pimpinan UMNO;
2. Isu perpaduan mestilah dijadikan keutamaan untuk dibahas jika UMNO benar-benar ikhlas untuk melihat perpaduan orang Melayu, terutama dengan PAS. Tidak salah jika sekiranya UMNO menjemput pimpinan PAS untuk hadir sekali;
3. Rungutan rakyat terhadap kos sara hidup sudah melata di segenap pelosok tanah air. Jadi pimpinan UMNO perlu ‘address’ isu ini yang akan dapat menarik keyakinan rakyat;
4. Ucapan puji memuji kepada pimpinan tidak harus dibuat secara melampau kerana ia akan hanya membuatkan rakyat meluat dengan sikap ampu mengampu yang tidak akan membawa negara ke mana-mana;
5. Pencapaian UMNO dalam membangunkan ekonomi Melayu mesti ditunjuk dan ditayangkan secara jelas supaya rakyat dapat melihatnya dengan jelas. Jika tidak rakyat akan hanya melihat ia tidak lebih daripada retorik jalanan kosong;
6. Isu Islam yang menjadi suatu yang amat sensitif kepada orang Melayu perlu diperkatakan dengan memberikan jaminan kepada orang Melayu bahwa ianya akan terus diperkasakan. Dalam masa yang sama UMNO mesti memberikan komitmen untuk membenteras mana-mana kumpulan yang memperjuangkan ideologi liberal;
7. Teras orang Melayu yang sudah semakin terhakis seperti bahasa Melayu dan tanah rizab Melayu, perlu diperkatakan jika UMNO ingin terus memerintah pada PRU14 nanti. Isu ini sudah lama dituntut, tetapi masih tidak ada apa-apa tindakan yang konkrit yang dibuat oleh pemerintah;
8. Kemasukan pelabur China secara besar-besaran dan penguasaan mereka terhadap ekonomi negara membimbangkan orang Melayu. UMNO mesti menjelaskan bahawa kedatangan mereka ini tidak menjejaskan kedudukan orang Melayu;
9. Masalah pendidikan negara yang semakin hari semakin berkecamuk dengan pertukaran pelbagai polisi perlu di tegaskan secara jelas terutama yang berkaitan dengan pembelajaran agama Islam; dan
10. Isu rasuah, ketirisan, kronisme dan urus tadbir yang baik mesti menjadi agenda yang tidak kurang pentingnya. Rakyat mahu melihat sejauh mana UMNO serius dalam menangani isu ini terutama orang Melayu yang selalu menjadi mangsa.
Haji Aminuddin Yahaya
Timbalan Presiden Isma
Timbalan Presiden Isma
Demikianlah Artikel 10 Perkara UMNO MESTI BUAT untuk MENANG PRU14
Sekianlah artikel 10 Perkara UMNO MESTI BUAT untuk MENANG PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 10 Perkara UMNO MESTI BUAT untuk MENANG PRU14 dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/12/10-perkara-umno-mesti-buat-untuk-menang.html
0 Response to "10 Perkara UMNO MESTI BUAT untuk MENANG PRU14"
Posting Komentar