Dr Mahathir beri Azmin lebih kuasa untuk pantau Anwar, lapor media Singapura

Dr Mahathir beri Azmin lebih kuasa untuk pantau Anwar, lapor media Singapura - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Mahathir beri Azmin lebih kuasa untuk pantau Anwar, lapor media Singapura, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Mahathir beri Azmin lebih kuasa untuk pantau Anwar, lapor media Singapura
link : Dr Mahathir beri Azmin lebih kuasa untuk pantau Anwar, lapor media Singapura

Baca juga


Dr Mahathir beri Azmin lebih kuasa untuk pantau Anwar, lapor media Singapura


MENTERI Hal Ehwal Ekonomi yang baru dilantik, Azmin Ali diberi kuasa lebih luas terhadap syarikat berkaitan kerajaan untuk membendung pengaruh Anwar Ibrahim, lapor Straits Times Singapura. 

Manurut akhbar tersebut, langkah berkenaan pada masa sama mengukuhkan kedudukan Azmin dalam PKR dan memantau pengaruh ketua umum PKR itu yang juga bakal pengganti Dr Mahathir Mohamad. 

Azmin dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dikatakan berada dalam kem PKR yang bertentangan dengan Anwar dan isterinya, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Memetik sumber, laporan itu menyebut, portfolio hal ehwal ekonomi akan memantau syarikat pelaburan negara Permodalan Nasional Berhad dan Khazanah Nasional Berhad, selain syarikat besar minyak, Petronas. Syarikat-syarikat ini dianggarkan bernilai RM1 trilion. 

Ia turut menyebut cakap-cakap bahawa agensi yang penting untuk kebajikan Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dan Felda akan diletakkan di bawah kementerian Azmin. 

Sewaktu pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini, syarikat-syarikat berkenaan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan. 

“Skopnya sangat luas dan pelan awal untuk meletakkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi juga mungkin dibatalkan,” kata sumber dipetik akhbar itu. 

“Tindakan oleh Dr Mahathir itu, yang menangkis beberapa cabaran terhadap kepimpinannya ketika kali pertama menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, dilihat sebagai satu lagi strategi pecah dan perintahnya,” lapor akhbar itu. 

Dr Mahathir membentuk kerajaan selepas partinya, Bersatu menang 13 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 9 Mei. 

Jumlah itu lebih rendah berbanding 49 kerusi dimenangi PKR. Kedua-dua parti itu sebahagian daripada gabungan pemerintah Pakatan Harapan. 

Presiden PKR Wan Azizah dinamakan sebagai timbalan perdana menteri tetapi parti itu tidak mendapat tempat untuk jawatan menteri bagi portfolio kanan seperti pendidikan, kewangan, pertahanan dan menteri dalam negeri, lapor akhbar itu. 

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar menjadi orang tengah di antara kerajaan baharu dan Raja-Raja Melayu yang masih berpengaruh dalam pelantikan jawatan utama institusi dalam negara. 

Anwar mendakwa beliau menghadap Raja-Raja Melayu untuk memberi penjelasan berkenaan dasar kerajaan PH dan untuk meredakan kebimbangan bahawa pentadbiran baharu akan mengetepikan keluarga diraja. 

Anwar juga menolak dakwaan bahawa beliau menggugat kedudukan perdana menteri. 

Walhal, keadaan itu sudahpun menjadi rahsia terbuka dan berlaku semasa mereka berdua berada dalam Kabinet dan Umno ketika penggal pertama Dr Mahathir menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003. – 9 Jun, 2018,TheMalaysianInsight


Demikianlah Artikel Dr Mahathir beri Azmin lebih kuasa untuk pantau Anwar, lapor media Singapura

Sekianlah artikel Dr Mahathir beri Azmin lebih kuasa untuk pantau Anwar, lapor media Singapura kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir beri Azmin lebih kuasa untuk pantau Anwar, lapor media Singapura dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/06/dr-mahathir-beri-azmin-lebih-kuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dr Mahathir beri Azmin lebih kuasa untuk pantau Anwar, lapor media Singapura"

Posting Komentar