Judul : Semua Pemimpin UMNO bersama Kleptokrat Najib dari Pusat hingga Cawangan TIDAK LAYAK bertanding Pasca PRU14
link : Semua Pemimpin UMNO bersama Kleptokrat Najib dari Pusat hingga Cawangan TIDAK LAYAK bertanding Pasca PRU14
Semua Pemimpin UMNO bersama Kleptokrat Najib dari Pusat hingga Cawangan TIDAK LAYAK bertanding Pasca PRU14
KUALA LUMPUR: Langkah Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak bertanding di peringkat pusat pada pemilihan UMNO kali ini perlu dituruti pemimpin lain sebagai mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Keputusan Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu dianggap tepat ketika UMNO dituntut melakukan transformasi politik dan kepemimpinan dalam mengembalikan keyakinan rakyat.
Pakar geostrategis, Azmi Hassan, berkata UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin termasuk di peringkat cawangan seperti Hishammuddin yang mengambil tanggungjawab bagi kekalahan BN atas keprihatinan terhadap senario politik semasa.
Beliau berkata, mana-mana pemimpin yang sebelum ini berpaut kepada pengaruh Datuk Seri Najib Razak dan kurang mengkritik kepimpinan Ahli Parlimen Pekan itu perlu mengambil tanggungjawab itu.
Katanya, jika Hishammuddin menawarkan diri bertanding dan kemudiannya menang, Ahli Parlimen Sembrong itu akan terus dikaitkan dengan era kepimpinan Najib, sekali gus tidak membantu transformasi drastik diperlukan parti itu.
"Tidak dinafikan status Hishammuddin pada PRU-14 agak berpengaruh dalam UMNO, namun pengaruh ini dikaitkan dengan presiden (Najib). Oleh itu ketiadaan Najib pasti melemahkan kedudukan Hishammuddin terutama sekali ketika pemilihan.
"Teladan perlu dicontohi oleh pemimpin lain untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dengan lebih ramai lagi mengikut jejak langkah Hishammuddin.
"Lazimnya jika parti politik tewas pada pilihan raya, hanya pemimpin tertinggi yang mengambil tanggungjawab seperti Najib. Namun kemelut UMNO adalah berbeza kerana masalahnya berakar umbi hingga ke cawangan, sekali gus menuntut pemimpin di peringkat itu turut memikul tanggungjawab sama," katanya.
Keputusan tidak bertanding jawatan peringkat pusat diumumkan Hishammuddin dalam satu kenyataan.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Ainul Adzellie Hasnul melihat keputusan Hishammuddin bukan disebabkan kebimbangan bakal ditolak ahli pada pemilihan akan datang, sebaliknya untuk melihat UMNO kembali kuat dengan fokus mengembalikan Johor kepada BN pada PRU akan datang.
Beliau berkata, tanpa sebarang jawatan akan memudahkan Hishammuddin bergerak bagi membantu UMNO menjadi lebih kuat.
"Tidak semestinya dengan tidak memegang jawatan tidak dapat membantu parti malah saya lihat kejujuran Hishammuddin dalam mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.
"Saya lihat Hishammuddin mempunyai prinsip bahawa tidak ada gunanya memegang jawatan tinggi dalam parti jika tidak memegang jawatan utama dalam kerajaan.
"Kita kena menghormati pendirian beliau dan beliau masih boleh menyumbang kepada parti UMNO walaupun tanpa sebarang jawatan," katanya.
Hingga kini beberapa pemimpin sudah menyatakan kesediaan bertanding jawatan tertinggi termasuk presiden, timbalan presiden dan naib presiden.
Usahawan, blogger dan penganalisis bebas politik, Rahmat Azim Abdul Aziz menawarkan diri bertanding jawatan presiden, manakala bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk jawatan timbalan presiden.
Bagi jawatan naib presiden, setakat ini antara yang menawarkan diri ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Demikianlah Artikel Semua Pemimpin UMNO bersama Kleptokrat Najib dari Pusat hingga Cawangan TIDAK LAYAK bertanding Pasca PRU14
Sekianlah artikel Semua Pemimpin UMNO bersama Kleptokrat Najib dari Pusat hingga Cawangan TIDAK LAYAK bertanding Pasca PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Semua Pemimpin UMNO bersama Kleptokrat Najib dari Pusat hingga Cawangan TIDAK LAYAK bertanding Pasca PRU14 dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/06/semua-pemimpin-umno-bersama-kleptokrat.html
0 Response to "Semua Pemimpin UMNO bersama Kleptokrat Najib dari Pusat hingga Cawangan TIDAK LAYAK bertanding Pasca PRU14"
Posting Komentar