Judul : [DATA PELIK] Pendaftaran Pengundi Baru pada Julai-Sept 2016 NAIK MENDADAK ke 501,799 orang
link : [DATA PELIK] Pendaftaran Pengundi Baru pada Julai-Sept 2016 NAIK MENDADAK ke 501,799 orang
[DATA PELIK] Pendaftaran Pengundi Baru pada Julai-Sept 2016 NAIK MENDADAK ke 501,799 orang
Pengundi baru yang didaftarkan oleh SPR, suku ketiga 2016 meningkat mendadak |
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak menjelaskan kumpulan manakah yang bertanggungjawab sehingga berlaku kenaikan mendadak dalam pendaftaran pengundi baru pada suku ketiga tahun 2016.
"Ia adalah lebih dari lima kali ganda jumlah pengundi baru yang didaftarkan pada suku kedua 2016 dan lima kali lebih ramai dari jumlah pengundi baru yang didaftarkan sebelum pilihan raya 2013," kata Ong dalam satu kenyataannya.
Namun, faktor yang ingin diketahui adalah kumpulan manakah yang bertanggungjawab mendaftarkan begitu ramai pengundi untuk tempoh itu.
"Inilah sebabnya, jika kerajaan boleh bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila mereka cukup umur, maka keraguan tentang jumlah pendaftaran baru ini boleh dikurangkan," katanya.
Bagi beliau, banyak sebab boleh diberikan kenapa pendaftaran pengundi baru sangat ramai dalam tempoh tersebut.
Pihak yang dilantik membuat pendaftaran (Penolong Pegawai Pendaftaran - ARO) adalah wakil dari pegawai kerajaan seramai 11959 atau 98.3% dari jumlah keseluruhan, wakil parti politik 48 (0.4%), wakil universiti 30 (0.2%) dan wakil NGO 123 (1.0%).
"Dengan pegawai kerajaan yang paling ramai menjadi ARO, ia tidak boleh dikatakan apa-apa tetapi apa yang merisaukan adalah peranan JASA, unit propaganda Kementerian Penerangan yang telah digunakan untuk mendaftar pengundi secara terpilih, terutama di kawasan kerusi marginal peringkat parlimen atau negeri," kata Ong.
- Malaysia Dateline |
Demikianlah Artikel [DATA PELIK] Pendaftaran Pengundi Baru pada Julai-Sept 2016 NAIK MENDADAK ke 501,799 orang
Sekianlah artikel [DATA PELIK] Pendaftaran Pengundi Baru pada Julai-Sept 2016 NAIK MENDADAK ke 501,799 orang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [DATA PELIK] Pendaftaran Pengundi Baru pada Julai-Sept 2016 NAIK MENDADAK ke 501,799 orang dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2016/12/data-pelik-pendaftaran-pengundi-baru.html
0 Response to "[DATA PELIK] Pendaftaran Pengundi Baru pada Julai-Sept 2016 NAIK MENDADAK ke 501,799 orang"
Posting Komentar