Judul : [KENAPA TUDUH YDG AGONG HANYA TUMPU IBADAT] Lupakah kita Ciri2 Sultan Zaman Kegemilangan Islam
link : [KENAPA TUDUH YDG AGONG HANYA TUMPU IBADAT] Lupakah kita Ciri2 Sultan Zaman Kegemilangan Islam
[KENAPA TUDUH YDG AGONG HANYA TUMPU IBADAT] Lupakah kita Ciri2 Sultan Zaman Kegemilangan Islam
Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al-Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut:
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan.
c. Kehendak yang kuat.
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat.
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan.
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta.
Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur’an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara’ dan zuhud.
Diasuh mencintai ilmu dan ulama’. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus.
Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.
Gurunyalah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.
Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih daripada lima bahasa. Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi.
Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.
Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.
Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan ini, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.
Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.
Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinopel. Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan.
Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu! Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Pertanyaan seterusnya, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertitah, Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali inisemuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri!Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.
Itulah ciri-ciri seorang pemimpin Islam.
Kini,dunia telah terbalik, penyamun diangkat sebagai pemimpin, manakala Sultan yang alim cuba mengikuti ajaran Islam sebenar dan sunnah Rasulullah pula yang diperli dan dihina.
Kita kena faham, bukan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V yang mahu keperibadian beliau di viralkan.
Itu berlaku apabila rakyat teruja dan ingin berkongsi satu-satunya YDP Agong yang alim dan warak sebegitu di zaman moden ini. Apatah lagi apabila mereka melihat kemewahan Sultan yang ada hari ini yang menghabiskan jutaan ringgit menghias kepala lori demi kepuasan diri.
Rakyat melihat Sultan lain dan isteri Perdana Menteri hari ini yang dipakaikan kasut oleh pembantu beliau. Maka apabila seorang Sultan berpakaian jubah dan memakai seliparnya sendiri, maka rakyat kagum dengan keperibadian itu. Maka rakyat kongsikan.
Kita sepatutnya melihat kepada dia kita sendiri dan menginsafi diri yang jahil ini. Seorang YDP Agong mampu mengikuti ajaran Islam, kita yang tiada pangkat dan kedudukan ini sudah berapa kali kah solat subuh berjemaah di masjid. Bukannya asyik berbincang tentang protokal yang sepatutnya diikuti oleh YDP Agong berdasarkan Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri.
Demikianlah Artikel [KENAPA TUDUH YDG AGONG HANYA TUMPU IBADAT] Lupakah kita Ciri2 Sultan Zaman Kegemilangan Islam
Sekianlah artikel [KENAPA TUDUH YDG AGONG HANYA TUMPU IBADAT] Lupakah kita Ciri2 Sultan Zaman Kegemilangan Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KENAPA TUDUH YDG AGONG HANYA TUMPU IBADAT] Lupakah kita Ciri2 Sultan Zaman Kegemilangan Islam dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2016/12/kenapa-tuduh-ydg-agong-hanya-tumpu.html
0 Response to "[KENAPA TUDUH YDG AGONG HANYA TUMPU IBADAT] Lupakah kita Ciri2 Sultan Zaman Kegemilangan Islam"
Posting Komentar