TERKINI: SPR TANGGUH PROSIDING ekoran Keputusan Mahkamah Tinggi KL arah Dengar Bantahan

TERKINI: SPR TANGGUH PROSIDING ekoran Keputusan Mahkamah Tinggi KL arah Dengar Bantahan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TERKINI: SPR TANGGUH PROSIDING ekoran Keputusan Mahkamah Tinggi KL arah Dengar Bantahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERKINI: SPR TANGGUH PROSIDING ekoran Keputusan Mahkamah Tinggi KL arah Dengar Bantahan
link : TERKINI: SPR TANGGUH PROSIDING ekoran Keputusan Mahkamah Tinggi KL arah Dengar Bantahan

Baca juga


TERKINI: SPR TANGGUH PROSIDING ekoran Keputusan Mahkamah Tinggi KL arah Dengar Bantahan


SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA

SPR TANGGUH PROSIDING SIASATAN TEMPATAN TERHADAP CADANGAN KAJIAN SEMULA PERSEMPADANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA BAGI NEGERI SELANGOR

1. Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melanjutkan arahan penangguhan prosiding siasatan tempatan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendengar bantahan-bantahan terhadap Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Selangor, SPR ingin memaklumkan bahawa sebagai mematuhi perintah mahkamah itu, SPR akan menangguhkan prosiding siasatan tempatan bagi mendengar bantahan-bantahan terhadap Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan tersebut seperti mana arahan oleh mahkamah sehingga keputusan mengenainya dimuktamadkan. Mahkamah dalam masa yang sama juga telah menetapkan pendengaran semakan kehakiman bagi kes Selangor ini pada 20 Januari 2017.

2. Pada 28 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk penangguhan sementara prosiding siasatan tempatan bagi bantahan terhadap Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Selangor sehingga pendengaran kes itu diadakan pada 16 Disember 2016.

3. Untuk makluman, sehingga 16 Disember 2016, SPR telah menjalankan prosiding siasatan tempatan kali pertama bagi bantahan-bantahan terhadap Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu (kecuali Selangor). Negeri-Negeri yang terlibat adalah Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Johor, Melaka, Kelantan dan Terengganu.

4. Manakala perlaksanaan prosiding siasatan tempatan kali pertama bagi bantahan terhadap Syor-Syor Kajian Persempadanan Semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sabah juga telah selesai dijalankan pada 28 Oktober 2016 lalu dan Notis Pameran Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sabah untuk Kali Kedua juga telah dipamerkan bermula pada 22 November hingga 21 Disember 2016.

5. Sepanjang tempoh prosiding siasatan tempatan kali pertama itu dijalankan pada 23 Oktober 2016 hingga 16 Disember 2016, SPR telah mendengar sebanyak 276 representasi bantahan yang layak mengikut undang-undang iaitu 13 bantahan bagi Unit Negeri Sabah dan 263 bantahan bagi Unit Negeri-Negeri Tanah Melayu (kecuali Selangor).

6. Berdasarkan kepada penjelasan dan maklumat tambahan yang diperolehi daripada pihak pembantah semasa prosiding siasatan tempatan itu dijalankan, SPR telah dan akan memberi perhatian serta pertimbangan sewajarnya terhadap semua bantahan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan bantahan-bantahan tersebut akan dimaklumkan menerusi Pameran Syor-Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu kali kedua yang mana Notis mengenainya akan disiarkan di akhbar tempatan setelah segala urusan berkaitannya selesai.

7. SPR sentiasa bersikap terbuka dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya untuk melaksanakan urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah ini dengan adil dan saksama serta mematuhi setiap peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

8. SPR juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam prosiding siasatan tempatan kali pertama ini yang telah berlangsung dengan lancar dan harmoni hasil kerjasama baik semua pihak.

Sekian dan terima kasih.

DATUK SERI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH
Pengerusi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
PUTRAJAYA
Tarikh:16 Disember 2016

dikeluarkan melalui aplikasi Whatsapp oleh:
MOHD SABRI ABDULLAH
Pegawai Perhubungan Awam SPR


Demikianlah Artikel TERKINI: SPR TANGGUH PROSIDING ekoran Keputusan Mahkamah Tinggi KL arah Dengar Bantahan

Sekianlah artikel TERKINI: SPR TANGGUH PROSIDING ekoran Keputusan Mahkamah Tinggi KL arah Dengar Bantahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TERKINI: SPR TANGGUH PROSIDING ekoran Keputusan Mahkamah Tinggi KL arah Dengar Bantahan dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2016/12/terkini-spr-tangguh-prosiding-ekoran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TERKINI: SPR TANGGUH PROSIDING ekoran Keputusan Mahkamah Tinggi KL arah Dengar Bantahan"

Posting Komentar