Judul : Ulama PAS tidak tolak bentuk KERAJAAN CAMPURAN dengan BN
link : Ulama PAS tidak tolak bentuk KERAJAAN CAMPURAN dengan BN
Ulama PAS tidak tolak bentuk KERAJAAN CAMPURAN dengan BN
Dewan Ulama PAS tidak menolak kemungkinan akan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional, asalkan parti Islam itu dihormati.
“Sekarang ini PAS bersendirian dan PAS hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan PAS, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain,” kata ketua sayap tersebut, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, kepada FMT.
PAS kini mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, di bawah apa yang dikenali Gagasan Sejahtera.
Katanya, PAS yakin memainkan peranan itu memandangkan negara sedang menuju ke arah sistem kerajaan campuran (multi-party system), di mana tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan kukuh secara bersendirian.
Mahfodz bagaimanapun mengulangi pendirian pemimpin PAS untuk tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, yang kini mempunyai kerjasama dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
“Kita tetap dengan pendirian sebelum ini gabungan dengan parti dalam Pakatan Harapan kita sudah tolak awal-awal DAP dan Amanah, tetapi dengan parti-parti lain yang menghormati PAS, kita masih sedia,” katanya.
Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menegaskan parti itu masih berada di pihak pembangkang dan tidak akan bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan kerajaan campuran selepas PRU14.
“Saya menolak dakwaan mengenai kerjasama tersebut, memandangkan PAS kini komited bersama Gagasan Sejahtera untuk menumbangkan Umno dan BN pada PRU14,” katanya. - FMT
P/S: Ini kenyataan PAS pada tahun 2012: "Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, SYAITAN pun boleh saya terima."
P/S: Ini kenyataan PAS pada tahun 2012: "Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, SYAITAN pun boleh saya terima."
Demikianlah Artikel Ulama PAS tidak tolak bentuk KERAJAAN CAMPURAN dengan BN
Sekianlah artikel Ulama PAS tidak tolak bentuk KERAJAAN CAMPURAN dengan BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ulama PAS tidak tolak bentuk KERAJAAN CAMPURAN dengan BN dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2016/12/ulama-pas-tidak-tolak-bentuk-kerajaan.html
0 Response to "Ulama PAS tidak tolak bentuk KERAJAAN CAMPURAN dengan BN"
Posting Komentar