Berakhir era Nasional Proton di zaman kleptokrasi

Berakhir era Nasional Proton di zaman kleptokrasi - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berakhir era Nasional Proton di zaman kleptokrasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berakhir era Nasional Proton di zaman kleptokrasi
link : Berakhir era Nasional Proton di zaman kleptokrasi

Baca juga


Berakhir era Nasional Proton di zaman kleptokrasi


BEBERAPA perkembangan penting berlaku di gelanggang ekonomi dan perniagaan minggu ini yang memerlukan perincian dan kefahaman.

Antaranya ialah penjualan kawalan projek kereta nasional, Proton kepada syarikat China dan ura-ura penjualan hotel mewah di New York yang didakwa dibeli dengan duit curi 1MDB.

Pada 24 Mei, DRB-Hicom pemilik utama Proton bersetuju jual 49.9 peratus saham Proton kepada Zhejiang Geely Holding.

Di bawah persetujuan itu, Geely juga akan beli 51 peratus saham pengeluar kereta sports British, Lotus.

Sebelum ini, Geely membeli syarikat kereta Sweden, Volvo.

Dengan penjualan kawalan Proton kepada syarikat China itu, Proton tidak layak lagi meneruskan kedudukan sebagai projek kereta nasional. Ia sudah jadi projek China.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Proton pada 1983 dan kereta pertamanya, Proton Saga, keluar pada tahun 1985, ia berperanan sebagai projek pendayaan ekonomi iaitu bagi membolehkan Malaysia memasuki satu bidang baharu perindustrian.

Sejak itu telah mewujudkan beratus ribu peluang pekerjaan dan melatih pekerja mahir, khususnya Bumiputera, dalam industri automotif.

Sebelum kerajaan mengubah dasar industri automotif - bermula zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi - dengan membuka pasaran tempatan kepada kereta import murah, Proton berupa model paling laris di Malaysia.

Kini, akibat pembukaan pasaran yang melampau dan kelembapan ekonomi, penjualan kereta buatan Proton jatuh dengan teruk dan perniagaan Proton tidak lagi lestari.

Adalah tidak mustahil selepas ini pemilik baharu Proton akan lakukan proses rasionalisasi yang mungkin libatkan pemberhentian pekerja seperti yang kerap berlaku apabila sesebuah syarikat bertukar tangan.

Seperkara lagi apakah jaminan pemilik baharu Proton akan teruskan dasar ambil dan latih pekerja tempatan, khususnya Bumiputera?

Kalau syarikat milik Cina tempatan pun kurang berminat mengambil pekerja Bumiputera, apakah syarikat milik negara China akan bagi peluang secukupnya kepada Bumiputera?

Kita mesti ingat majoriti pekerja dan pembekal Proton adalah Bumiputera. Apakah agaknya nasib mereka kini Proton dimiliki oleh pelabur China?

Proton adalah sebahagian kecil saja daripada senarai beli-belah China di Malaysia yang termasuk pembinaan pelabuhan, hartanah, landasan kereta api dan pemberian hutang.

Penjualan harta negara secara besar-besaran kepada orang asing, khususnya dari China, tidak menghairankan kita kalau kita faham dasar dan kedudukan ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Pertama, di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kerajaan komited kepada pembebasan ekonomi dan kuasa pasaran. Ertinya siapa yang ada duit bebas menguasai ekonomi.

Kedua, kerajaan kekurangan wang walaupun telah perkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan naikkan pelbagai cukai, yuran dan tol serta potong peruntukan pembangunan.

Bukan DRB-Hicom saja terpaksa menjual harta kerana kesukaran perniagaan. Banyak syarikat swasta lain dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga terpaksa jual harta mereka di dalam dan luar negara untuk tampung kejatuhan keuntungan.

Jadi adalah tidak menghairankan kalau syarikat luar yang banyak duit, khususnya dari China, berlumba-lumba membeli harta di negara kita.

Dari New York pula kita dengar berita mengatakan sebuah hotel mewah yang sebahagiannya dimiliki oleh arkitek skandal 1MDB, Jho Low, akan dijual dan pihak berkuasa Amerika akan rampas duit yang diperoleh Cina Pulau Pinang itu.

Bangunan 46 tingkat yang dikenali sebagai The Park Lane itu dimiliki 55 peratus oleh Jho Low.

Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) dalam samannya tahun lalu mengenal pasti Jho Low dan anak tiri Mohd Najib, Riza Shahril Abdul Aziz, sebagai penerima duit haram 1MDB di Amerika.

DoJ menggunakan udang-undang yang dikenali sebagai KARI untuk merampas harta yang dibeli dengan duit yang dicuri oleh sesebuah kerajaan daripada rakyat jelata. KARI adalah singkatan

Kleptocracy Asset Recovery Initiative iaitu usaha mendapatkan balik harta yang dicuri oleh kerajaan. Kleptokrasi bermaksud kerajaan yang mencuri.

Sebelum Amerika, Singapura telah mengambil tindakan tegas ke atas beberapa orang eksekutif bank yang menerima dan mengalihkan duit haram 1MDB.

Ia membekukan simpanan dan harta berkaitan 1MDB, mendenda dan memenjarakan eksekutif bank serta mendenda dan menutup beberapa buah bank yang terlibat.

Nampaknya negara asing seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland yang selalu kita sebut sebagai negara kafir mengambil berat terhadap skandal dan penipuan 1MBD. Wallahuaklam.

*Datuk A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara


Demikianlah Artikel Berakhir era Nasional Proton di zaman kleptokrasi

Sekianlah artikel Berakhir era Nasional Proton di zaman kleptokrasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berakhir era Nasional Proton di zaman kleptokrasi dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2017/05/berakhir-era-nasional-proton-di-zaman.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berakhir era Nasional Proton di zaman kleptokrasi"

Posting Komentar