Judul : [BALIK RAYA KE KELANTAN LEBIH LANCAR] Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini
link : [BALIK RAYA KE KELANTAN LEBIH LANCAR] Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini
[BALIK RAYA KE KELANTAN LEBIH LANCAR] Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini
KUALA LIPIS, 15 Rabiulawal 1438H, Khamis – Sebahagian daripada keseluruhan 390 kilometer (km) Lebuhraya Central Spine Road (CSR), yang menghubungkan Bentong dan Kuala Krai, Kelantan, dibuka secara rasmi hari ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pembukaan seksyen 3.85km antara Kampung Kechur ke Kampung Seberang Jelai di sini akan membantu mengurangkan masa perjalanan dan berfungsi sebagai jalan alternatif kepada pengguna yang mahu ke Kelantan.
“Dwi-laluan kenderaan menggunakan kaedah Continuously Reinforced Concrete Pavement (CRCP), yang mempunyai ketahanan tinggi dan boleh membantu mengurangkan kos penyelenggaraan.
“Projek CSR adalah yang kedua di Malaysia menggunakan CRCP selepas Lebuhraya Utara-Selatan, menggunakan kaedah sama pada tahun 1990,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Pembinaan projek CSR yang dimulakan mengikut fasa sejak tahun 2008 itu dianggarkan bernilai RM6.6 bilion apabila siap keseluruhannya.
Enam pakej itu ialah Kuala Krai ke Jambatan Sungai Lakit, Kelantan sepanjang 51 km; Jambatan Sungai Lakit ke Gua Musang, Kelantan (63 km); Gua Musang ke Kampung Relong, Pahang (107 km); Kampung Relong ke Raub, Pahang (56 km); Raub ke Bentong, Pahang (60 km) dan Bentong ke Simpang Pelangai (53 km). - ismaweb
Demikianlah Artikel [BALIK RAYA KE KELANTAN LEBIH LANCAR] Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini
Sekianlah artikel [BALIK RAYA KE KELANTAN LEBIH LANCAR] Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [BALIK RAYA KE KELANTAN LEBIH LANCAR] Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2016/12/balik-raya-ke-kelantan-lebih-lancar.html
0 Response to "[BALIK RAYA KE KELANTAN LEBIH LANCAR] Lebuhraya CSR hubung Bentong-Kuala Krai dibuka hari ini"
Posting Komentar