Judul : [KES BUNUH?] Luah Mahu Berhenti Kerja Kerana Tertekan - Isteri
link : [KES BUNUH?] Luah Mahu Berhenti Kerja Kerana Tertekan - Isteri
[KES BUNUH?] Luah Mahu Berhenti Kerja Kerana Tertekan - Isteri
IPOH: Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat mengakui tertekan di tempat kerja dan pernah merancang untuk berhenti kerja dan mahu memulakan perniagaan sendiri sebelum insiden tersebut, dakwa isterinya.
Noor Bazlin Mohammad, 28, kelihatan terkejut apabila ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Nik Muhammad, 28, (Laskar Kelas 1) dan Muhammad Lailal Tuiman meninggal dunia di bilik tahanan itu ketika menjalani latihan fizikal di kem berkenaan, pada Jumaat.
Ketika menjalani latihan itu, kedua-dua anggota berkenaan mengadu kepenatan dan direhatkan sebelum mengalami muntah dan sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik yang tiba pada 3.15 petang.
Namun, hasil bedah siasat mendapati mereka meninggal dunia kerana terdapat kesan penderaan dan kecederaan pada tubuh mereka.
Noor Bazlin yang berkhidmat sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Datuk Keramat, Kuala Lumpur berkata suaminya ditahan di bilik tahanan Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, sejak Rabu.
Jelas ibu kepada tiga anak itu, dia berbual kali terakhir dengan suaminya pada malam Rabu dan dimaklumkan dia ditahan kerana masuk kerja lewat dua kali.
"Dia beritahu saya supaya menjaga anak-anak dan dia akan balik tidak lama lagi.
"Dia menghubungi saya dua kali, sekali pada pukul 11 malam dan kali kedua pada 11.42 malam beritahu saya supaya jangan risau dan dia mahu berhenti kerja.
"Namun saya terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai tentera laut pada pukul 5.30 petang Jumaat memaklumkan mengenai kematian suami saya," katanya yang kali terakhir bertemu suaminya pada 23 September lalu.
Noor Bazlin berkata suaminya berkhidmat bersama TLDM selama sembilan tahun dan dipindahkan ke pangkalan TLDM Lumut pada 2015.
"Sejak di Lumut, dia sering mengadu tertekan dengan kerjanya," kata Noor Bazlin.
Nik Muhammad meninggalkan tiga anak berusia antara 10 bulan dan empat tahun. - mStar
3 anggota TLDM direman 7 hari
SERI MANJUNG: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian dua anggota TLDM dalam bilik tahanan pasukan itu.
Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarkan permohonan polis untuk menahan reman tiga anggota TLDM yang berusia antara 29 hingga 44 tahun itu bermula hari ini hingga 7 Oktober.
Ketiga-tiga mereka yang bertugas di bilik tahanan di Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan, dekat sini, direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Terdahulu, ketiga-tiga suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Seri Manjung jam 8.45 pagi dan masuk ke dalam mahkamah 15 minit kemudian dengan prosiding selesai kira-kira jam 9.45 pagi.
Malam tadi, bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh mengesahkan dua anggota TLDM yang berpangkat Laskar Kelas 1 meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru berpunca daripada trauma tumpul.
Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia ketika berada dalam bilik tahanan pada jam 3.15 petang kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata berikutan itu polis menahan tiga anggota TLDM pada jam 9.30 malam tadi untuk membantu siasatan kes kematian itu.
Katanya, ketiga-tiga suspek adalah anggota yang bertugas di bilik tahanan pasukan itu untuk syif 10 pagi hingga 10 malam pada hari kejadian. - BH
Demikianlah Artikel [KES BUNUH?] Luah Mahu Berhenti Kerja Kerana Tertekan - Isteri
Sekianlah artikel [KES BUNUH?] Luah Mahu Berhenti Kerja Kerana Tertekan - Isteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KES BUNUH?] Luah Mahu Berhenti Kerja Kerana Tertekan - Isteri dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/09/kes-bunuh-luah-mahu-berhenti-kerja.html
0 Response to "[KES BUNUH?] Luah Mahu Berhenti Kerja Kerana Tertekan - Isteri"
Posting Komentar