Judul : Melayu mana lagi hendak sokong PAS, soal Mahfuz
link : Melayu mana lagi hendak sokong PAS, soal Mahfuz
Melayu mana lagi hendak sokong PAS, soal Mahfuz
Mahfuz berkata walau dipinggirkan parti namun perjuangan terhadap rakyat dan negara mengatasi segalanya. ― Foto oleh Yusof Mat Isa |
ALOR SETAR, 1 Mei — Datuk Mahfuz Omar kecewa dengan keputusan muktamar PAS kali ini apabila mengambil keputusan "berpisah" dengan PKR.
Bekas naib presiden PAS itu berkata perwakilan gagal memulihkan imej parti di kalangan pengundi Islam dan juga bukan Islam.
"Imej PAS telah tercalar. Sejak dari mula muktamar hingga penuh, makin keruh keadaan apabila dibuat usul putus hubungan dengan PKR," katanya.
Mahfuz, wakil rakyat PAS yang semakin tersisih daripada parti itu atas sikapnya yang propakatan pembangkang, tidak yakin parti mampu menang jika sendirian.
"Melayu mana yang hendak sokong PAS? Orang-orang bekas ahli PAS pun sudah beralih arah kepada Parti Amanah, Parti Pribumi Bersatu dan PKR.
"Kalau kita harap undi [penyokong] Umno dahulu akan sokong PAS, tetapi mereka dah sokong Bersatu. Melayu mana lagi hendak undi PAS," katanya.
Mahfuz bagaimanapun menyatakan kesetiaan kepada parti itu walau tidak dijemput menghadiri muktamar, lapor mStar Online.
Tambahnya, walau dipinggirkan PAS, perjuangannya untuk rakyat dan negara mengatasi segalanya.
"Bagi saya, kedudukan [dalam parti] tidak penting tetapi yang lebih penting adalah rakyat dan negara," katanya.
"Tidak salah bagi ahli mendukung dan menyokong blok pakatan demi menolak Umno tanpa perlu keluar parti."
- themalaymailonline, May 1, 2017
Demikianlah Artikel Melayu mana lagi hendak sokong PAS, soal Mahfuz
Sekianlah artikel Melayu mana lagi hendak sokong PAS, soal Mahfuz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Melayu mana lagi hendak sokong PAS, soal Mahfuz dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/09/melayu-mana-lagi-hendak-sokong-pas-soal.html
0 Response to "Melayu mana lagi hendak sokong PAS, soal Mahfuz"
Posting Komentar