Rahmatan lil alamin kerajaan PH sekadar slogan

Rahmatan lil alamin kerajaan PH sekadar slogan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rahmatan lil alamin kerajaan PH sekadar slogan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rahmatan lil alamin kerajaan PH sekadar slogan
link : Rahmatan lil alamin kerajaan PH sekadar slogan

Baca juga


Rahmatan lil alamin kerajaan PH sekadar slogan

18 Safar 1440H, Sabtu – Politik Islam dilihat tidak lagi relevan dalam pemerintahan kerajaan hari ini, apabila agenda agama Islam dipinggirkan dengan sengaja, atas dasar ideologi dan kepentingan politik pihak tertentu.
Penyelidik Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, walaupun kerajaan sekarang, kononnya cuba menerapkan konsep ‘rahmatan lil alamin’, tetapi ia tidak langsung menggambarkan istilah sebenar politik Islam.
Beliau berkata, apa sahaja slogan yang bersifat Islam bukan memberi interpretasi sebenar kepada politik Islam.
“Apa sahaja slogan yang bersifat Islam, hanyalah sekadar slogan. Dalam konteks politik, ia tidak melihat dari segi slogan, tetapi dominasi kuasa itu sama ada bertambah atau sebaliknya.
“Pelaksanaan politik Islam dalam kerajaan baharu tidak relevan kerana jelas agenda Islam itu terpinggir secara terancang,” katanya pada seminar ‘Relevankah Politik Islam Dalam Malaysia Baharu’ di sini, hari ini.
Beliau berkata, politik Islam perlu dilihat dalam kerangka Islam, bukan perebutan antara parti untuk memerintah dengan cara Islam.
“Pada kita, politik itu bukan hanya sekadar pentadbiran negara, tetapi ia dalam bentuk siyasah sampai ke tahap pentadbiran ibu bapa ke atas keluarganya.
“Jadi, ia dibina daripada bawah. Malah, politik juga bukan hanya pilihan raya semata-mata, tetapi politik bermakna sejauh mana orang Islam menguasai dunianya sendiri, keluarga, masyarakat mereka,” katanya.
Mengulas lanjut, Ustaz Hazizi berkata, Islam pula tidak akan tertegak di atas muslihat politik, sebaliknya ia ‘hidup’ menerusi dakwah, teladan, bayan dan pendidikan.
“Orang Melayu melihat politik dalam skop parti, tetapi orang Cina sebaliknya. Bagi mereka (Cina) politik itu adalah kepentingan bangsa mereka.
“Sebab itu, mereka kukuh dalam NGO berbanding parti politik. Orang Melayu mereka tak faham. Mereka lihat parti politik lebih kuat daripada NGO, sedangkan dalam konteks pluralismea politik, bila tiada pihak dominan lebih-lebih lagi dituntut NGO lebih kuat untuk memperjuangkan kepentingan,” katanya. - ismaweb


Demikianlah Artikel Rahmatan lil alamin kerajaan PH sekadar slogan

Sekianlah artikel Rahmatan lil alamin kerajaan PH sekadar slogan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rahmatan lil alamin kerajaan PH sekadar slogan dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/rahmatan-lil-alamin-kerajaan-ph-sekadar.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rahmatan lil alamin kerajaan PH sekadar slogan"

Posting Komentar