ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus

ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus
link : ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus

Baca juga


ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus

Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153: Tun Abdul Hamid Mohamad

21 Safar 1440H, Selasa – “Saya berani mengatakan, jika konvensyen itu disahkan, dengan serta-merta, akan ada pihak yang akan mencabar kesahan (validity) Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu.”
Demikian ditegaskan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) hendak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perkara 153 adalah berkaitan – ‘Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak’.
Abdul Hamid juga berkata, dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14, kerajaan sekarang hendak mengesahkan ICERD dan lima lagi konvensyen yang berkaitan, sebagai memenuhi janji pilihan raya, khususnya kepada orang bukan Melayu.
Beliau turut menegaskan bahawa tujuan utama ICERD hendak diratifikasikan adalah kerana pihak berkaitan mahu keistimewaan yang diberikan kepada bangsa Melayu dan anak negeri Sabah serta Sarawak, dihapuskan.
“Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, untuk mengelak bantahan. Maka, mereka menuntut supaya Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan.
“Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu, yang telah termaktub dalam Perlembagaan itu, akan terpaksa dimansuhkan.
“Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu tidak betul,” katanya menulis dalam blog beliau, hari ini yang bertajuk ‘Pengesahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum merugikan Melayu’.
Abdul Hamid juga berkata, kesan jika Malaysia meratifikasi ICERD, termasuk terpaksa mengubah dasar, seperti membuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada semua kaum, tidak boleh dikhaskan kepada pelajar Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak sahaja.
“Pengambilan pegawai-pegawai awam tidak boleh mengikut quota lagi; demikian juga pemberian biasiswa, lesen dan kontrak, tidak boleh diberi keutamaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi, dan berbagai-bagai lagi; undang-undang yang bersifat diskriminasi, termasuk Perkara 153 mestilah dimansuhkan, dan lain-lain lagi.
“Itulah sebabnya kerajaan BN tidak mengesahkannya. Dalam hal ini, kita patut puji kerajaan BN dan peguam-peguam negara yang menasihatkan kerajaan BN dalam tempoh 50 tahun itu.
“Perlu diambil ingatan, tempoh itu termasuk 22 tahun Tun Dr Mahathir (Mohamad) menjadi Perdana Menteri. Kita juga patut puji beliau bagi tempoh itu. Bagaimana sekarang?,” soal beliau. - ismaweb


Demikianlah Artikel ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus

Sekianlah artikel ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/ratifikasi-icerd-rugikan-melayu-hak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "ratifikasi ICERD rugikan Melayu, hak keistimewaan dihapus"

Posting Komentar