Pelabur bawa keluar RM263.5 juta dalam tempoh kurang seminggu

Pelabur bawa keluar RM263.5 juta dalam tempoh kurang seminggu - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelabur bawa keluar RM263.5 juta dalam tempoh kurang seminggu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelabur bawa keluar RM263.5 juta dalam tempoh kurang seminggu
link : Pelabur bawa keluar RM263.5 juta dalam tempoh kurang seminggu

Baca juga


Pelabur bawa keluar RM263.5 juta dalam tempoh kurang seminggu

Singapura, Thailand, Indonesia catat aliran masuk tinggi pelabur

KUALA LUMPUR, 12 Jamadilakhir 1440H, Ahad – Aliran keluar dana asing bersih yang tinggi sebanyak RM263.5 juta direkodkan antara Isnin hingga Khamis – paras direkodkan sejak minggu ketiga Disember 2018 – disebabkan pelabur mengkalibrasi semula pelaburan mereka berikutan pelarasan berkala di rantau itu minggu ini.
Ketua Penyelidik Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, keadaan itu dijangka berterusan dalam minggu-minggu akan datang sehingga pelarasan berkala itu dimuktamadkan.
“Aliran keluar dana direkodkan di Filipina dan Malaysia manakala aliran masuk tinggi direkodkan di Singapura, Thailand dan Indonesia,” katanya kepada Bernama.
Berbanding dengan tempoh singkat bersempena cuti Tahun Baharu Cina pada minggu lepas, RM138.6 juta mengalir masuk antara Isnin dan Khamis, berbanding hanya RM6.6 juta pada minggu ini.
Beliau juga berkata, prestasi pasaran ekuiti tempatan dan ringgit dipengaruhi oleh kestabilan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan China.
“Ringgit ketika ini ditambat kepada yuan China. Apa yang menjejaskan yuan juga akan menjejaskan ringgit,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Urus Niaga M&A Securities Sdn Bhd, R Sundararajah berkata, untuk terbalikkan aliran keluar dan memperkukuhkan aliran masuk dana, ekonomi tempatan dan faktor politik memainkan peranan penting untuk meyakinkan pelabur.
“Kita perlu aliran masuk jangka panjang dan mampan dan kebelakangan ini, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak begitu aktif di pasaran.
“Kita juga perlu melihat butiran dikeluarkan oleh Khazanah Nasional Bhd, dana kewangan berdaulat kerajaan berhubung pelupusan aset-aset bukan teras,” katanya.
Pada Jumaat, FBM KLCI ditutup rendah 0.01 peratus atau 0.23 mata kepada 1,688.83.
Berhubung prospek ringgit, Kenanga Investment Bank Bhd berkata, dolar US lebih lemah akan menyokong ringgit untuk kekal di bawah 4.10 berbanding dolar US dalam waktu terdekat.
Minggu lepas, kerajaan turut mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) untuk membantu mencari penyelesaian terbaik untuk menangani cabaran ekonomi dihadapi negara, dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – Bernama


Demikianlah Artikel Pelabur bawa keluar RM263.5 juta dalam tempoh kurang seminggu

Sekianlah artikel Pelabur bawa keluar RM263.5 juta dalam tempoh kurang seminggu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelabur bawa keluar RM263.5 juta dalam tempoh kurang seminggu dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2019/02/pelabur-bawa-keluar-rm2635-juta-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelabur bawa keluar RM263.5 juta dalam tempoh kurang seminggu"

Posting Komentar