Kenapa Aset Berprestasi Baik TH Pula Yang Dipindahkan Ke SPV, Soal Isham Jalil

Kenapa Aset Berprestasi Baik TH Pula Yang Dipindahkan Ke SPV, Soal Isham Jalil - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Aset Berprestasi Baik TH Pula Yang Dipindahkan Ke SPV, Soal Isham Jalil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Aset Berprestasi Baik TH Pula Yang Dipindahkan Ke SPV, Soal Isham Jalil
link : Kenapa Aset Berprestasi Baik TH Pula Yang Dipindahkan Ke SPV, Soal Isham Jalil

Baca juga


Kenapa Aset Berprestasi Baik TH Pula Yang Dipindahkan Ke SPV, Soal Isham Jalil

Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil mendakwa majoriti aset-aset yang dipindahkan keluar daripada Tabung Haji (TH) kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd, merupakan aset yang berprestasi baik dan berdaya maju.
“Kebiasaannya, antara sebab utama SPV diwujudkan adalah untuk memberikan perlindungan undang-undang dan risiko kewangan kepada syarikat asal sekiranya aset yang diasingkan dalam SPV itu ada risiko bankrupsi yang boleh memberikan kesan negatif kepada syarikat asal.
“SPV juga dibuat untuk membaikpulih syarikat yang tidak berdaya maju sementara mengasingkan risiko bankrupsinya daripada syarikat asal.

“Namun dalam kes Tabung Haji ini, mengapakah aset-aset atau syarikat-syarikat yang baik dan menguntungkan pula dipilih dan dikeluarkan daripada Tabung Haji?,” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) semalam mula memindahkan aset yang dikenalpasti tidak berprestasi baik daripada portfolio pelaburan ekuitinya kepada syarikat SPV, Urusharta Jamaah Sdn Bhd.
Pemindahan aset kepada syarikat SPV yang dimiliki Kementerian Kewangan itu adalah sebagai langkah untuk menstabilkan kedudukan kewangannya.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, TH bukan lagi menjadi pemegang saham utama dalam beberapa syarikat senaraian susulan pemindahan saham berkenaan, termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) dan Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).
Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) and TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).
Dalam pada itu dakwa Isham, apabila aset-aset baik ini dikeluarkan, mereka tidak lagi perlu membayar dividen kepada Tabung Haji dan pendapatan Tabung Haji mungkin akan berkurangan. 
“Mengapa tidak ambil syarikat-syarikat atau aset yang tidak berdaya maju untuk dipulihkan? 
“Ini sudah terbalik. Syarikat yang baik pula dikeluarkan dan ini meningkatkan lagi risiko kewangan Tabung Haji dan bukan sebaliknya. 
“Mungkin ada orang yang dapat untung besar daripada urusniaga di atas. Yang saya pasti ianya bukan Tabung Haji dan bukan rakyat,” kata beliau. -SuaraTv    #CelahGelegar 


Demikianlah Artikel Kenapa Aset Berprestasi Baik TH Pula Yang Dipindahkan Ke SPV, Soal Isham Jalil

Sekianlah artikel Kenapa Aset Berprestasi Baik TH Pula Yang Dipindahkan Ke SPV, Soal Isham Jalil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Aset Berprestasi Baik TH Pula Yang Dipindahkan Ke SPV, Soal Isham Jalil dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/kenapa-aset-berprestasi-baik-th-pula.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kenapa Aset Berprestasi Baik TH Pula Yang Dipindahkan Ke SPV, Soal Isham Jalil"

Posting Komentar