Kesiannya Mujahid : lebih 24 jam, surat TIADA RESPON dari Nurul Izzah

Kesiannya Mujahid : lebih 24 jam, surat TIADA RESPON dari Nurul Izzah - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesiannya Mujahid : lebih 24 jam, surat TIADA RESPON dari Nurul Izzah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesiannya Mujahid : lebih 24 jam, surat TIADA RESPON dari Nurul Izzah
link : Kesiannya Mujahid : lebih 24 jam, surat TIADA RESPON dari Nurul Izzah

Baca juga


Kesiannya Mujahid : lebih 24 jam, surat TIADA RESPON dari Nurul Izzah


Sudah 24 jam ‘Warkah Dari Cordoba Untuk Nurul Izzah’ ditulis dan dipaparkan, namun sehingga kini masih tiada reaksi daripada sosok surat terbuka itu ditujukan iaitu Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.
Warkah tersebut ditulis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dan dikongsi serta dipaparkan di Facebook rasmi beliau pada pukul 4.35 petang semalam ketika rakyat Malaysia pelbagai kaum meraikan sambutan Hari Krismas.
Warkah sepanjang 25 perenggan itu ditulis oleh Menteri yang ditugaskan menjaga hal-ehwal agama ketika dalam perjalanan darat dari Cordova ke Madrid, Sepanyol.
Dalam warkah tersebut di mana Dr. Mujahid menggunakan kata ganti diri sebagai kekanda berharap Nurul Izzah yang dipanggil adinda untuk meneruskan perjalannya di dalam dunia politik yang selama ini memperjuangkan reformasi untuk memperkukuh Malaysia.
Semakan di akaun media sosial rasmi Nurul Izzah iaitu di Facebook dan Twitter mendapati beliau yang pernah mendapat jolokkan Puteri Reformasi itu masih lagi tidak memberi sebarang reaksi terhadap warkah Dr. Mujahid tersebut.
Hantaran terbaharu Nurul Izzah di kedua-dua media sosial itu kira-kira tiga jam lalu hanyalah berkaitan lawatan kerja beliau ke tapak pertanian di Mengkuang Semarak dan Baba Study & Research Organic Farm di Bukit Teh, Pulau Pinang bersama Jabatan Pertanian pagi ini.
“Insha-Allah. Kita usahakan ladang organik buat warga Permatang Pauh! #PermatangPauh,” kata Nurul Izzah dalam hantaran tersebut.
Bagaimanapun terdapat komen pada hantaran itu yang mahu Nurul Izzah membalas warkah daripada Dr. Mujahid itu.
“Sis… tolong balas surat kanda Cordova tu. Nanti dia tidak boleh tidur pulak,” cadang Hadie Dollah.
“Adinda, tolong balas cepat surat dari kekanda. Kekanda sedang menunggu surat jawapan daripada dinda,” kata Ahmad Rayyan Faris.
“Tahniah YB. Teruskan berkhidmat untuk rakyat. Teruskan fikir bagaimana nak bantu rakyat. InsyaAllah dengan khidmat yang ikhlas rakyat akan kenang YB sampai bila-bila,” tulis Firdaus Mohd. Ibrahim.
Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR serta Pengerusi PKR Pulau Pinang akibat kekecewaannya terhadap isu politik yang berlaku di dalam parti.
Keputusan yang dibuat beliau telah mengejutkan rata-rata pemimpin dan penyokong yang selama ini selesa berada dibawah pimpinannya. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Kesiannya Mujahid : lebih 24 jam, surat TIADA RESPON dari Nurul Izzah

Sekianlah artikel Kesiannya Mujahid : lebih 24 jam, surat TIADA RESPON dari Nurul Izzah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesiannya Mujahid : lebih 24 jam, surat TIADA RESPON dari Nurul Izzah dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/kesiannya-mujahid-lebih-24-jam-surat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kesiannya Mujahid : lebih 24 jam, surat TIADA RESPON dari Nurul Izzah"

Posting Komentar