Naib presiden Bersatu: Bodoh kalau TIDAK guna sumber kerajaan

Naib presiden Bersatu: Bodoh kalau TIDAK guna sumber kerajaan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Naib presiden Bersatu: Bodoh kalau TIDAK guna sumber kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Naib presiden Bersatu: Bodoh kalau TIDAK guna sumber kerajaan
link : Naib presiden Bersatu: Bodoh kalau TIDAK guna sumber kerajaan

Baca juga


Naib presiden Bersatu: Bodoh kalau TIDAK guna sumber kerajaan

AGM BERSATU | "Pandangan bodoh" - kata Naib Presiden Bersatu Ab Rashid Ab Rahman terhadap pihak yang membantah gesaan perwakilan agar kerajaan memberikan jawatan dan kontrak agar parti itu dapat mengekalkan kuasa.
Rashid berkata demikian ketika sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 hari ini, dan disambut dengan tepukan gemuruh.
Kata-kata itu selepas Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengecam beberapa perwakilan membuat gesaan itu.
"Dalam PRU kita kena menang by hook or by crook - dengan apa cara sekalipun - kita kena menang.
"Saya tengok dalam keadaan sekarang, kita tak dapat pertahan kedudukan sebagai pemerintah. Ketua bahagian ditinggalkan begitu saja.
"Saya juga ketua bahagian, tetapi bernasib baik sebab perdana menteri bagi saya kerja, mampu pertahan bahagian saya. Tapi yang lain? Jangan cakap sombong...Ini pandangan yang stupid, bodoh," katanya.


Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya itu berkata beliau juga suatu ketika dulu tidak suka melakukan "apa yang patut dibuat".
"Tetapi sekarang saya dalam kandang politik, kita patut buat apa yang patut dibuat.
"Semua ketua bahagian mesti mendapat aktiviti (dan) peluang (bagi membolehkan mereka) mampu dari segi kewangan dan pertahankan kedudukan," katanya yang kini menjadi pengerusi Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (JRPR).
Syed Saddiq sebelum itu dilihat tidak dapat menyembunyikan kemarahannya apabila menyifatkan gesaan perwakilan tersebut sebagai 'tak masuk akal'.
"Kalau layak guna saluran yang betul. Pergi tengok (perhimpunan) PKR, DAP, dan Amanah. Tengok Umno dulu pun tak berani bincang perkara seperti ini di khalayak umum. Mana maruah kita?"
Selain jawatan dan kontrak, Ab Rashid juga menggesa kerajaan mengembalikan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk melaksanakan projek persekutuan di negeri pembangkang.
"Saya harap di Kelantan dan Terengganu...mesti dikembalikan semula JPP. Segala projek pembangunan oleh kerajaan persekutuan mesti disalur ke JPP dan ketua-ketua bahagian mesti mendapat faedah daripadanya," katanya lagi. - MK    #CelahGelegar 


Demikianlah Artikel Naib presiden Bersatu: Bodoh kalau TIDAK guna sumber kerajaan

Sekianlah artikel Naib presiden Bersatu: Bodoh kalau TIDAK guna sumber kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Naib presiden Bersatu: Bodoh kalau TIDAK guna sumber kerajaan dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/12/naib-presiden-bersatu-bodoh-kalau-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Naib presiden Bersatu: Bodoh kalau TIDAK guna sumber kerajaan"

Posting Komentar