Judul : Benarkah DAP mampu kuasai Malaysia
link : Benarkah DAP mampu kuasai Malaysia
Benarkah DAP mampu kuasai Malaysia
1. DAP dilabelkan memiliki idealogi komunis oleh pemimpin UMNO demi menakutkan orang melayu untuk tidak mengundi PAKATAN HARAPAN. Asas kepada label ini ialah DAP dikatakan serpihan PAP di Singapura dan juga dikatakan pengasasnya adalah Chin Peng.
2. Apa yang pemimpin, ahli dan penyokong UMNO lupa beritahu ataupun tidak tahu ialah, PAP yang membentuk kerajaan Singapura bukanlah sebuah negara komunis. Singapura merupakan sebuah negara demokrasi.
3. Pendaftaran DAP dibuat di Malaysia dibawah Perlembagaan Negara dimana keahliannya adalah terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja tanpa mengira kaum.
4. Walaupun majoriti pemimpin dan ahli DAP adalah dari kalangan kaum cina, mereka tetap warganegara Malaysia.
5. Kaum cina pula hanyalah mempunyai tidak lebih dari 40% jumlah populasi penduduk Malaysia dan bukan semua kaum cina adalah ahli DAP. Kerusi parlimen yang ditandingi DAP juga tidak melebih 40% kerusi di Parlimen.
6. Jadi bagaimana pemimpin, ahli dan penyokong UMNO boleh mendakwa DAP akan memerintah Malaysia jika PAKATAN HARAPAN menang pada pilihanraya dan membentuk kerajaan?
7. DAP juga tidak bertanding di kerusi majoriti orang melayu. Jadi jika majoriti orang melayu mengundi PAKATAN HARAPAN, maka semakin ramai wakil rakyat melayu PAKATAN HARAPAN yang akan duduk di parlimen.
8. Yang jatuh hanyalah pemimpin melayu UMNO yang gagal mempertahankan hak istimewa orang melayu malah sebenarnya merekalah yang mengkhianati orang melayu itu sendiri.
9. Malaysia akan lebih makmur, adil dan saksama apabila pemimpin korup UMNO dapat didakwa di mahkamah. Namun, ia hanya dapat dilakukan dengan mengundi PAKATAN HARAPAN, pemimpin korup ini boleh didakwa.
10. Undilah calon PAKATAN HARAPAN pada pilihanraya yang akan datang tanpa rasa takut dengan DAP kerana ketakutan sebenar kita ialah jika UMNO/BN terus berkuasa dan bermaharajalela memusnahkan masa depan tanahair kita.
KEPADA ALLAH KITA BERSERAH. KEPADA PAKATAN KITA SANDARKAN HARAPAN.
Azmi Murid
Lumut Perak
17hb Febuari 2018
23:28hrs
Demikianlah Artikel Benarkah DAP mampu kuasai Malaysia
Sekianlah artikel Benarkah DAP mampu kuasai Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Benarkah DAP mampu kuasai Malaysia dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/02/benarkah-dap-mampu-kuasai-malaysia.html
0 Response to "Benarkah DAP mampu kuasai Malaysia"
Posting Komentar