Benarkah MCA ramal Umno kalah PRU?

Benarkah MCA ramal Umno kalah PRU? - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benarkah MCA ramal Umno kalah PRU?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benarkah MCA ramal Umno kalah PRU?
link : Benarkah MCA ramal Umno kalah PRU?

Baca juga


Benarkah MCA ramal Umno kalah PRU?




Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menafikan meramalkan Umno akan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang, seperti didakwa seorang pemimpin DAP.
Sehubungan itu, katanya lagi, beliau telah meminta harian berbahasa Mandarin itu menyemak kembali rakaman wawancara dengannya dan membuat penjelasan segera.
“Sebenarnya saya beri wawancara dengan beberapa akhbar Cina sebelum Tahun Baru Cina. Dan soalan ditanya (oleh akhbar-akhbar itu) tidak banyak berbeza.
“Ia soalan berbentuk andaian. Saya ditanya apa akan jadi jika Tun Dr Mahathir (Mohamad) tidak menang cukup kerusi.
“Dan saya kata semua kemungkinan boleh berlaku. Politik adalah seni segala kemungkinan. Tetapi saya tidak kata Umno akan kalah,” katanya.
Penjelasan itu dibuat selepas Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong menghentamnya sebagai terperangkap dalam “kotak politik Cina” ketika masyarakat itu sudah menuntut Malaysia yang lebih baik untuk semua kaum.
Menurut Liew, Wee dalam wawancara dengan China Press berkata BERSATU mungkin bekerjasama dengan “pembangkang terkuat” Umno jika tidak cukup kerusi dalam kerajaan baru HARAPAN.

Menurut Liew juga, laporan itu menyebut jika MCA tewas dan Umno kekal berkuasa, DAP mungkin bekerjasama dengan Umno dan menggantikan tempat MCA sebagai sekutu utamanya.
Wee juga dikatakan menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai referendum masyarakat Cina terhadap Mahathir untuk menyampaikan mesej “orang Cina tidak percaya beliau”, walaupun tempoh pentadbirannya dihadkan.
Sementara itu, dalam kenyataannya selepas itu, Wee berkata mendakwa wawancaranya dengan China Press diulas kembali tanpa konteks demi kepentingan sesetengah pihak.

Sekali lagi menafikan berkata Umno akan kalah PRU, beliau mendesak China Press dan Malaysiakini menyiarkan kembali wawancara itu secara penuh, termasuk soalan-soalan berbentuk andaian yang diajukan padanya. - MK


Demikianlah Artikel Benarkah MCA ramal Umno kalah PRU?

Sekianlah artikel Benarkah MCA ramal Umno kalah PRU? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benarkah MCA ramal Umno kalah PRU? dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/02/benarkah-mca-ramal-umno-kalah-pru.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Benarkah MCA ramal Umno kalah PRU?"

Posting Komentar