Tulisan Terbaru Tun M: HIDUP DALAM KETAKUTAN

Tulisan Terbaru Tun M: HIDUP DALAM KETAKUTAN - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tulisan Terbaru Tun M: HIDUP DALAM KETAKUTAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tulisan Terbaru Tun M: HIDUP DALAM KETAKUTAN
link : Tulisan Terbaru Tun M: HIDUP DALAM KETAKUTAN

Baca juga


Tulisan Terbaru Tun M: HIDUP DALAM KETAKUTAN


1. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia yang begitu ramai orang berada dalam ketakutan. Di zaman Jepun pun kita tidak berasa begitu takut.

2. Tetapi sekarang perasaan takut ini dirasai oleh ramai pegawai dan kakitangan Kerajaan, peniaga kecil dan besar dan orang biasa.

3. Apakah yang ditakuti oleh mereka. Mereka takut Najib. Pegawai dan kakitangan Kerajaan takut mengatakan yang benar kerana takut jika tidak disukai oleh Najib. Mereka takut mereka didera oleh Najib. Mereka takut dibuang kerja. Mereka takut diturun pangkat atau ditukar ke jawatan lain. Mereka takut apabila bersara tidak ada peluang jadi pengarah dalam syarikat Kerajaan.

4. Peniaga kecil dan besar takut sesuatu dilakukan kepada mereka jika mereka dilihat terlalu dekat dengan parti lawan atau pemimpin parti lawan. Ada yang diberi amaran supaya menjauhkan diri dari orang tertentu yang dianggap musuh Kerajaan.

5. Apakah yang boleh dilakukan terhadap yang ingkar. Bank tidak akan beri pinjaman. Jika diberi pun bermacam soalan dikenakan. Kontrak Kerajaan tidak mungkin diluluskan. Yang sudah dapat akan ditamatkan.

6. Bagi peniaga besar LHDN, Kastam atau Badan Pencegah Rasuah akan lawat. Mereka menyerbu dengan ramai pegawai untuk menggeledah pejabat. Walaupun sudah bayar semua cukai pendapatan atau cukai kastam, tambahan dituntut oleh pegawai. Tuntutan tambahan ini tidak berasas tetapi dituntut juga.

7. Jika tidak bayar buku-buku akaun mungkin dirampas, kononnya untuk diperiksa. Ini mengganggu perniagaan. Tuntutan tambahan ini kadang-kadang meningkat hingga berjuta ringgit. Peniaga tidak dapat bayar. Maka syarikat mungkin disenarai hitam dan pasport pengurus ditahan. Buku akaun akan dirampas dan perniagaan tergendala.

8. Bagi yang mendapat PTPTN, bayaran bulanan dinaikkan. Bagi yang tidak ada punca pendapatan, bayaran bulanan tidak dapat dibuat. Maka mereka tidak dibenar keluar negeri. Mereka akan ditahan apabila menunjuk pasport mereka semasa pemeriksaan oleh pegawai imigresen.

9. Ahli dan pemimpin kecil UMNO tidak berani berjumpa dengan ahli parti lawan. Umumnya ramai orang biasa yang tidak berani dilihat menyertai parti lawan, jauh sekali dari memegang jawatan dalam parti lawan.

10. Walaupun undi dirahsiakan tetapi masih ada usaha untuk kelirukan rakyat bahawa Kerajaan tahu siapa mengundi siapa. Dengan itu mereka takut mengundi lain dari BN.

11. Mereka yang menerima elaun yang tidak ada dalam jadual (nelayan umpamanya) atau BR1M takut mereka dikeluarkan dari senarai kelayakan.

12. Terdapat ramai orang yang membisik apabila bercakap berkenaan perasan tidak puas hati dengan Kerajaan. Mereka takut Najib akan dengar dan tindakan diambil ke atas mereka.

13. Akhbar dan majalah, cetak dan elektronik juga takut lesen mereka ditarik balik jika membuat laporan berkenaan perkara tertentu. Seperti ahli dan pemimpin UMNO, mereka elak dari menyebut berkenaan 1MDB dan wang sebanyak 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi Najib. Mesyuarat agung UMNO membisu berkenaan perkara-perkara yang menyentuh kenyataan oleh Jabatan Keadilan Amerika terhadap Najib. Mereka takut Najib marah.

14. Sesungguhnya rakyat Malaysia takut Najib. Ada mereka yang tahu akan salahlaku Najib kerana mereka berperanan menyediakan dokumen-dokumen bersangkutan dengan perlakuan salah oleh Najib, tetapi tidak berani menyatakan apa-apa.

15. Dilihat jelas bahawa hampir semua rakyat Malaysia berada dalam ketakutan kerana Najib dapat mengguna pegawai dan jabatan-jabatan dalam Kerajaan untuk menyeksa mereka. Yang amat menyedihkan ialah kakitangan Kerajaan di semua peringkat takut jika mereka tidak lakukan arahan Najib, walaupun arahan ini bertentangan dengan undang-undang negara, mereka dikenakan tindakan oleh Najib.

16. Ya. Sekarang ini rakyat Malaysia berada dalam ketakutan. Mereka takut Najib. Jika kerana takut Najib mereka pangkah BN, maka BN terus akan menang, maka akan berterusanlah iklim takut di Malaysia.



Demikianlah Artikel Tulisan Terbaru Tun M: HIDUP DALAM KETAKUTAN

Sekianlah artikel Tulisan Terbaru Tun M: HIDUP DALAM KETAKUTAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tulisan Terbaru Tun M: HIDUP DALAM KETAKUTAN dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/02/tulisan-terbaru-tun-m-hidup-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tulisan Terbaru Tun M: HIDUP DALAM KETAKUTAN"

Posting Komentar