Judul : Diplomat Israel Datang M'sia: Hj Hadi "BISU" "TERKUCIL" di katil sendiri
link : Diplomat Israel Datang M'sia: Hj Hadi "BISU" "TERKUCIL" di katil sendiri
Diplomat Israel Datang M'sia: Hj Hadi "BISU" "TERKUCIL" di katil sendiri
ULASAN | Di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS apabila kelihatan berdiam diri dalam isu diplomat Israel berada di negara ini kerana menyertai persidangan Program Petempatan Manusia PBB - atau dikenali sebagai UN-Habitat itu?
Kenapa agaknya mereka - setakat ini - tetap diam, menyepi dan enggan mempersoalkan dasar luar Malaysia yang dipraktikkan kerajaan Datuk Seri Najib Razak?
Masihkah mereka selesa menjadi ‘pasu bunga’ dan kekal bersikap king maker dalam isu penting seperti ini?
Bagaimana kejadian ini boleh berlaku ketika Putrajaya dan Tel Aviv tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik?
Apakah kerana Najib mahu mengambil hati PBB dan sekutunya Donald Trump?
Baru-baru ini presiden PAS itu membidas sekumpulan negara Arab sebagai "sekutu Zionis bertopengkan jubah dan kopiah".
Abdul Hadi berhujah demikian pada 1 Januari lalu.
Katanya apabila Trump si presiden AS mengisytiharkan Baitulmuqaddis menjadi ibu negara haram Israel maka yang paling rapat dan paling kuat memberi sokongan dimenangkan pihak yang menguasai ekonomi, pengurusan dan media.
Bersekongkol dengan Trump
Abdul Hadi berkata demikian selepas 15 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar serta mengkritik tajam pemimpin Arab kerana berbaik-baik dengan Yahudi dan tidak mendatang kebaikan kepada Palestin.
Semasa sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-10 di Putrajaya pada Oktober 2003 Dr Mahathir mengkritik pemimpin negara Islam yang tidak melihat prioriti hubungan mereka dengan Israel.
(Saya membuat laporan untuk segmen Selamat Pagi Malaysia di RTM pada waktu itu.)
Abdul Hadi hanya melihat dan mengulas himpunan pemimpin Islam pada sidang kemuncak luar biasa OIC di Turki Disember lalu.
Dia menganggap usaha OIC tidak akan mencapai apa-apa kejayaan jika terus bersekongkol dengan Trump.
Dalam ucapannya dia tidak mengkritik Trump secara terus sebalinya menyelar pemimpin negara Islam. Abdul Hadi marah kerana Trump jelas tidak peduli bantahan daripada seluruh dunia, meskipun hanya segelintir negara sahaja yang menyokongnya.
Logik Abdul Hadi pula ialah, pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel oleh AS telah menyatukan umat Islam dan manusia yang ada perikemanusiaan, sehingga yang paling lemah pun kembali ke pangkal jalan dan masuk ke saf menentang Israel.
Namun, di sebalik itu ia mendedahkan sekutu Zionis (banyak negara Arab ada hubungan diplomatik dengan negara Zionis itu) tetap tunduk kepada negara Yahudi itu walaupun mereka berjubah berserban dan berkopiah, selain berkomunikasi dengan bahasa al-Quran.
Tetapi kini, apa pendirian Abdul Hadi dan PAS apabila ternyata diplomat Israel masuk Malaysia secara rasmi kerana diberikan kebenaran oleh Putrajaya?
Kementerian Luar Israel sendiri mengesahkan kunjungan diplomat terbabit baru-baru ini.
Bukankah PAS dan Abdul Hadi sepatutnya sudah menyatakan pendirian dan menentang tindakan itu kerana ini satu titik hitam dalam sejarah negara?
Namun sehingga ke saat ini mereka bersiam diri.
Kehadiran diplomat Yahudi selama seminggu untuk menghadiri satu persidangan itu berlaku hanya beberapa minggu selepas perhimpunan diadakan untuk mengutuk tindakan bersama Washington dan Tel Aviv menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Yang nyata dan sah, himpunan itu turut dianjurkan oleh kerajaan dan disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimana kedatangan mereka menggunakan passport Israel untuk memasuki negara dibenarkan?
Apakah Abdul Hadi tidak mahu bertanya kepada Najib? Atau - seperti biasa macam didakwanya - mahu menegur secara tertutup?
Jika benar ada teguran secara tertutup, mungkinkah ia bertujuan supaya hati rakan Umno tidak disakiti ketika kita semakin menghampiri pilihan raya?
Abdul Hadi jelas sekali mudah ternampak nyamuk di seberang. Bagaimana dengan bangkai gajah di depan mata?
Dia jangan pandai mengkritik negara Islam lain dengan ayat: “Ada pula yang jasadnya paling dekat dengan Kaabah dan malam Rasulullah SAW dan paling dekat pula dengan medan perjuangan menentang Zionis itu, tetapi hatinya berpaut rapat dengan musuh Islam itu”.
Rakyat dan pengundi sedang memerhati.
Jika inilah sikap Abdul Hadi dan PAS yang selama ini lantang mendakwa menentang kezaliman Zionis tetapi pada masa sama membenarkan Najib melakukan sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku di Malaysia, mereka wajar dihukum.
HAMBALI ABDUL LATIFF ialah ketua penerangan Pakatan Harapan Terengganu.
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi CG
Demikianlah Artikel Diplomat Israel Datang M'sia: Hj Hadi "BISU" "TERKUCIL" di katil sendiri
Sekianlah artikel Diplomat Israel Datang M'sia: Hj Hadi "BISU" "TERKUCIL" di katil sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Diplomat Israel Datang M'sia: Hj Hadi "BISU" "TERKUCIL" di katil sendiri dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/02/diplomat-israel-datang-msia-hj-hadi.html
0 Response to "Diplomat Israel Datang M'sia: Hj Hadi "BISU" "TERKUCIL" di katil sendiri"
Posting Komentar