'Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa

'Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa
link : 'Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa

Baca juga


'Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa


Anggota parlimen Sepang Hanipa Maidin hari ini menyindir usaha kerajaan untuk menggubal undang-undang baru bagi membendung berita palsu.
“Difahamkan BN nak gubal undang-undang dalam sidang parlimen bulan depan ini bagi mengekang berita palsu.

“Hairanlah demokrat palsu nak bendung berita palsu!” kata pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini berkata langkah itu berkait rapat dengan keselamatan negara dan tidak hanya berpaksikan politik semata-mata.

Beliau justeru meminta pembangkang bekerjasama dan tidak membuat tuduhan melulu atas pelaksanaan akta tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, Hanipa berkata realitinya dalam negara ini rakyat menjadi mangsa kerana “berita benar dan tepat”.

“Contoh yang klasik kes rakan baik saya, YB Pandan. Dihukum penjara 30 bulan sebab dedah berita benar dan tepat.

“Yang terpalit dengan berita benar itu bebas di luar dan khabarnya sibuk nak jadi calon PRU,” katanya merujuk kepada kes Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Hanipa yang juga seorang peguam berkata sudah banyak undang-undang yang “masih hukum rakyat sebab bercakap dan sebar berita benar”.
“Contohnya Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) diguna (baca salah guna) sebab rakyat cakap benda benar.

“Benar bukan satu pembelaan dalam akta-akta itu,” katanya.

Hanipa juga memberi bayangan kerajaan tidak akan mendapat laluan mudah ketika membentangkan cadangan akta baru itu di parlimen nanti.
“Insya-Allah dengan mandat rakyat yang hantar kami ke Dewan Rakyat, kami akan bersuara lantang melawan budaya buli BN di sana.

“Kami tak akan rela orang kata jadi MP pasu bunga saja di sana,” katanya. - MK


Demikianlah Artikel 'Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa

Sekianlah artikel 'Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/02/demokrat-palsu-nak-bendung-berita-palsu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "'Demokrat palsu' nak bendung berita palsu, sindir Hanipa"

Posting Komentar