Judul : Menteri, Nazri Aziz SAHKAN, BINI beliau JADI MANGSA BULI Siber Anak sendiri, Nedim
link : Menteri, Nazri Aziz SAHKAN, BINI beliau JADI MANGSA BULI Siber Anak sendiri, Nedim
Menteri, Nazri Aziz SAHKAN, BINI beliau JADI MANGSA BULI Siber Anak sendiri, Nedim
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz 'bersuara' tentang kewajaran isterinya, Datin Seri Haflin Saiful Azhar membuat beberapa kenyataan terbuka di laman sosial sejak akhir-akhir ini.
Nazri mendakwa, Haflin telah menjadi mangsa buli siber kepada anaknya sendiri iaitu Nedim Nazri, sejak dua tiga hari lalu.
"Isteri saya (Haflin) telah menjadi mangsa buli siber. Saya tidak tahu tujuan dia (Nedim) melakukan perkara itu. Kena tanya dia sendiri.
"Isteri saya ini pangkat ibu kepada dia, kenapa dia buat begitu? Dia sendiri ada anak tiri, adakah anak tiri dia buat macam tu kepada dia?," kata Nazri ketika dihubungi mStar Online, Khamis.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bentuk gangguan yang didakwa dilakukan oleh Nedim terhadap isterinya.
Sebelum ini, Haflin, 36, memuat naik kenyataan di Instagram, ditujukan kepada anak tirinya sambil mencabarnya tampil bertemu dengan bapanya di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Isnin depan dipercayai bagi menyelesaikan isu antara mereka bertiga.
"@Boss_ned (Nedim), bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah dengan siapa kamu berkahwin, ia adalah kehidupan kamu dan dia hanya ingin kamu gembira.
"Bapa kamu nak kamu tahu bahawa dia tidak kisah apa yang kamu fikirkan tentang perkahwinannya dengan saya," tulisnya, malam Rabu.
"Kamu mahu pengesahan, hubungi bapa kamu sekarang, saya akan jawab panggilan dan serahkan kepada dia," tulis Haflin.
Haflin, yang juga ibu kepada seorang anak lelaki turut memuat naik surat deklarasi perkahwinannya dengan Nazri dan mendakwa telah mendapat keizinan daripada suaminya untuk berbuat begitu.
Nazri ketika ditanya, mengesahkan bahawa beliau membenarkan Haflin untuk memuat naik posting berkenaan dan tidak mempunyai masalah dengan tindakan isterinya.
Semakan mStar Online di akaun Instagram Nedim pada petang Khamis pula mendapati, suami kepada pelakon Nora Danish itu ada memuat naik Insta Story, dipercayai ditujukan kepada Haflin.
Tulis Nedim: "Quos Deus vult perdere prius dementat - sesiapa yang Tuhan mahu hancurkan, Dia akan jadikan orang itu gila."
Haflin turut membalas kenyataan itu menerusi Insta Story, 'memuji' kebolehan anak tirinya itu berbahasa Perancis, sama seperti anak kandungnya yang hanya dinamakan sebagai 'JP'.
"Bonjour! (Hello!) anak tiri saya @boss_ned sudah pandai ikut adik JP cakap Perancis la!
"C'est magnifique (Ia bagus). Saya sungguh tidak kisah jika orang fikir saya gila atau tidak. Apa yang paling penting, bapa kamu mencintai saya dan cinta dalam hidupnya, JP," tulis Haflin.
- mstar.com.my
Demikianlah Artikel Menteri, Nazri Aziz SAHKAN, BINI beliau JADI MANGSA BULI Siber Anak sendiri, Nedim
Sekianlah artikel Menteri, Nazri Aziz SAHKAN, BINI beliau JADI MANGSA BULI Siber Anak sendiri, Nedim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menteri, Nazri Aziz SAHKAN, BINI beliau JADI MANGSA BULI Siber Anak sendiri, Nedim dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/02/menteri-nazri-aziz-sahkan-bini-beliau.html
0 Response to "Menteri, Nazri Aziz SAHKAN, BINI beliau JADI MANGSA BULI Siber Anak sendiri, Nedim"
Posting Komentar