Itu perkara sebenar yang diceritakan oleh anggota dari Unit FRT, Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, yang disangka Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera akibat dipukul sekumpulan perusuh semalam.

Ujarnya, bimbang akan keselamatan diri, dia terus berlari masuk ke dalam Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik saya masuk ke dalam jentera saya terus menutup pintu. Ketika itu saya tidak tahu apa yang berlaku di luar,” katanya ketika ditemukan dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.-UTUSAN Online #CelahGelegar