[UNDILAH LAGI] Kula: Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan, SAMA RATA pekerja asing-tempatan

[UNDILAH LAGI] Kula: Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan, SAMA RATA pekerja asing-tempatan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [UNDILAH LAGI] Kula: Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan, SAMA RATA pekerja asing-tempatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [UNDILAH LAGI] Kula: Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan, SAMA RATA pekerja asing-tempatan
link : [UNDILAH LAGI] Kula: Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan, SAMA RATA pekerja asing-tempatan

Baca juga


[UNDILAH LAGI] Kula: Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan, SAMA RATA pekerja asing-tempatan

KUALA LUMPUR: Akta Pampasan Pekerja 1952 yang diguna pakai di negara ini bakal dimansuhkan bagi membolehkan perlindungan sama rata kepada pekerja tempatan dan asing yang bekerja di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata perkara itu selaras dengan komitmen kerajaan mempertingkatkan perlindungan kepada pekerja-pekerja asing yang kini dilindungi di bawah Skim Pampasan Pekerja Asing di bawah akta berkenaan.

Beliau yang dipetik Bernama menjelaskan, langkah itu juga adalah kehendak konvensi yang telah dipersetujui dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

"Ini mustahak kerana kita nak sama-ratakan antara pekerja dalaman dan asing, ini juga adalah kehendak konvensi yang kita telah setuju dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa," katanya kepada sidang media selepas majlis penutup Mesyuarat Menteri-menteri Buruh ASEAN ke-25 oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di sini pada Khamis.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut mengenai keputusan Kabinet meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mulai 1 Jan depan.

Mengulas lanjut, Kula Segaran berkata pemansuhan akta itu adalah supaya penggantian perlindungan keselamatan pekerja asing daripada skim di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 sebelum ini kepada di bawah Perkeso dapat dilaksanakan dan kerajaan mempunyai sistem kawalan perlindungan lebih efisyen.

"Ia akan beri pengetahuan lebih luas kepada kita dalam data, yang mana kita akan dapat tahu berapa pekerja asing pada bila-bila masa dengan sera merta, berapakah pekerja-pekerja asing bekerja, sektor mana mereka bekerja, syarikat mana dan majikan mana.

"Bermakna kita akan tahu juga sama ada majikan mencarum atau tidak, maka kalau dia tidak mencarum maka kita boleh beritahu Imigresen dan polis untuk cari mereka supaya tindakan diambil," katanya.

Beliau juga berkata dengan proses pemansuhan akta ini sedang berjalan, skim pampasan pekerja asing ini tidak lagi diaktifkan untuk pembaharuan dan pendaftaran baharu. - Astro Awani   #CelahGelegar


Demikianlah Artikel [UNDILAH LAGI] Kula: Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan, SAMA RATA pekerja asing-tempatan

Sekianlah artikel [UNDILAH LAGI] Kula: Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan, SAMA RATA pekerja asing-tempatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [UNDILAH LAGI] Kula: Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan, SAMA RATA pekerja asing-tempatan dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/11/undilah-lagi-kula-akta-pampasan-pekerja.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[UNDILAH LAGI] Kula: Akta Pampasan Pekerja 1952 dimansuhkan, SAMA RATA pekerja asing-tempatan"

Posting Komentar