Sehubungan itu, Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menuntut seluruh umat Islam di negara ini melupakan perbezaan latar belakang dan fahaman politik, seterusnya bersatu dalam isu berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy ditangkap kerana telah mencetuskan ketegangan dengan kenyataannya ekoran isu tersebut.
"Saya menggesa pihak polis bertindak dan menangkap kesemua mereka yang terlibat dan dihukum dengan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang anggota Unit EMRS BBP Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki turut mengalami kerosakan akibat diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar kuil berkenaan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota berkenaan diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar. - UTUSAN ONLINE