Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, kesemua mereka ditahan sekitar pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari tadi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
"Mereka yang ditahan berusia di antara 30-an namun polis masih menyiasat peranan ketujuh-tujuh individu berkenaan berhubung kejadian tersebut.
"Buat ketika ini, polis akan melihat daripada pelbagai sudut sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas semua yang ditahan," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar kejayaan menumpaskan sindiket makmal dadah di Semenyih dekat sini.
Menurut Mazlan, setakat ini, seramai 700 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah ditempatkan di sekitar kawasan kuil berkenaan bagi memantau keadaan.
"Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai agar berhenti menyebarkan isu perkauman berhubung kejadian ini kerana tiada perkara seperti itu yang berlaku.
"Orang ramai juga dinasihati agar tidak mengambil tindakan sendiri dalam menyelesaikan sebarang permasalahan," tegas beliau. - K! ONLINE #CelahGelegar