Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City

Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City
link : Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City

Baca juga


Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City



SHAH ALAM, 29 Nov (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan tiga penganut Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, untuk menangguhkan pelaksanaan Interim Penghakiman Persetujuan dan Writ Milikan oleh One City Development Sdn Bhd (One City), bagi mendapatkan semula tapak kuil itu.

Hakim M. Gunalan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas menolak permohonan plaintif, S. Thangaraju, 37, M. Mohanakrishnan, 59, dan S. Nagarajah, 52.

Selain One City, ketiga-tiga mereka turut menamakan K. Chellappa, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Selangor, Kerajaan Negeri Selangor dan M. Nagaraju sebagai defendan-defendan.

Peguam Claudia Cheah Pek Yee yang mewakili One City ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata, mahkamah membuat keputusan itu atas alasan antaranya, permohonan plaintif tiada locus standi dan One City adalah pemilik sah tapak kuil berkenaan.

Ketiga-tiga plaintif memfailkan permohonan pada 12 Nov lepas bagi mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan interim Penghakiman Persetujuan bertarikh 11 Mac 2014 dan writ pemilikan untuk mendapatkan semula hartanah kuil berkenaan pada 22 Nov 2018.

Permohonan itu dibuat berikutan plaintif telah memfailkan saman terhadap kesemua defendan pada 10 Nov lepas, bagi menuntut antaranya, perintah injunksi bahawa defendan-defendan atau orang lain dilarang daripada masuk, dan berada atau menggunakan kekerasan untuk mendapatkan semula hartanah kuil itu.

Selain itu, saman itu difailkan bagi memohon perintah bahawa Penghakiman Persetujuan tersebut adalah batal dan tidak sah, salah di sisi undang-undang serta tidak berkuasa, selain kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Isu pemindahan kuil itu telah mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.

Sehingga hari ini polis menahan 30 individu bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA  #CelahGelegar


Demikianlah Artikel Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City

Sekianlah artikel Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2018/11/mahkamah-tolak-permohonan-tangguh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mahkamah TOLAK permohonan tangguh pengambilan semula tapak kuil oleh One City"

Posting Komentar